Pertukaran taktikal hak Kim Pan-gon — Legenda Harimau Malaya


  • Podium
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Reduan berkongsi sukar untuk menjadi ketua jurulatih untuk membuat keputusan yang betul bagi kebaikan pasukan lebih-lebih lagi menjadi pengurus Harimau Malaya.

BEKAS pembantu jurulatih Harimau Malaya, Reduan Abdullah berpendapat tiada siapa layak untuk mempertikai hak keputusan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon dalam menukar pemain.

Isu penukaran pemain menjadi bualan dalam media sosial selepas penyokong Harimau Malaya mempersoalkan keputusan Pan-gon untuk lewat menggantikan pemain dalam perlawanan menentang Republik Kyrgyz.

Reduan berkongsi sukar untuk menjadi ketua jurulatih untuk membuat keputusan yang betul bagi kebaikan pasukan lebih-lebih lagi menjadi pengurus Harimau Malaya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Muka dia macam tak ada apa-apa', pemain muda Terengganu raih pujian lepas aksi Kyrgyzstan

BACA LAGI: Neymar Malaysia antara 3 pemain sesuai ganti Darren Lok sebagai penggempur utama Sabah

"Saya rasa pertukaran taktikal ialah hak jurulatih, kalau penyokong kata kena tukar itu dan ini kalau keputusan tidak bagus macam mana?

"Bukan senang jadi jurulatih, kena tukar pemain atau tukar taktikal selepas itu kena fikir taktikal itu menjadi ataupun tidak.

"Penukaran pemain semua itu keputusan ketua jurulatih, saya melihat sebagai konteks jurulatih, dengan keadaan yang dihadapi Kim Pan-gon ketika ini ramai pemain utama tiada.

"Memang ada suatu ketika kita (penyokong) merasakan wajar untuk menukar pemain tetapi itu semua keputusan dia dan hak dia sebagai jurulatih.

"Pan-gon mesti ada pembantu untuk membantu buat keputusan sama ada wajar melakukan pertukaran ataupun tidak," katanya kepada Majoriti.

Reduan (kiri) pernah menjadi pembantu jurulatih Harimau Malaya pada 2014.

Dalam pada itu, Reduan berkata, tiada tonggak utama bukanlah alasan untuk skuad kebangsaan seri menentang Republik Kyrgyz kerana perlawanan tersebut misi wajib menang Harimau Malaya.

"Keseluruhan permainan kita (Malaysia) masih tak dapat menyaingi Kyrgyzstan.

"Bagi pandangan saya tentang tiada tonggak utama itu bukan persoalannya siapa juga yang dipanggil Kim Pan-gon itu yang terbaik untuk pasukan Malaysia.

"Kita tidak boleh mengharapkan tonggak utama kerana ada suatu ketika nanti mereka akan mengalami kecederaan dan bersara takkan waktu itu masih nak menagih khidmat mereka.

"Jadi saya tak setuju jika alasan tiada tonggak utama punca pasukan seri, kerana saya pasti Pan-gon sudah mengenal pasti pemain-pemain yang menggantikan tonggak utama.

Bagi perlawanan menentang Chinese Taipei, Reduan berharap Harimau Malaya boleh merekodkan kemenangan untuk mengembalikan maruah skuad kebangsaan dan memperbaiki ketumpulan barisan serangan.

"Untuk lawan Chinese Taipei kita (Malaysia) kena menang, lagi-lagi main dekat Kuala Lumpur.

"Semalam (Khamis) saya rasa walaupun kita tengok banyak penguasaan bola yang dilakukan Kyrgyzstan kita masih boleh bertahan.

"Kita juga ada peluang-peluang untuk menyerang, tapi bagi pandangan saya kita kena fikirkan bagaimana untuk menjaringkan gol.

"Kerana kita tiada pemain yang boleh menjaringkan gol kerana sukar untuk kita mendapatkan peluang menjaringkan gol.

Untuk info, Harimau Malaya masih boleh layak ke pusingan seterusnya jika Malaysia berjaya menewaskan Chinese Taipei lebih daripada tujuh jaringan gol sementara mengharapkan Republik Kyrgyz tewas lebih tiga gol menentang Oman pada Rabu nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram