[VIDEO] 'Boyhood' Matt Davies boleh ulangi skrip sertai Sri Pahang


  • Podium
  • Rabu, 05 Jun 2024

Davies menyertai Sri Pahang daripada Perth Glory pada 2015.

SKUAD kebangsaan akan memulakan perlawanan menentang Republik Kyrgyz serba kekurangan selepas beberapa tunjang utama pasukan tidak menyertai Harimau Malaya untuk Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kali ini.

Antara pemain yang tidak menyertai Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kali ini ialah Muhd Faisal Abd Halim, Arif Aiman Hanapi dan Ahmad Syihan Hazmi.

Disebabkan ketiadaan tunjang utama, penyokong menyeru agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan sesuatu dengan memburu pemain-pemain warisan di luar negara demi kebaikan Harimau Malaya.

BACA LAGI: Ramon Marcote petik Selangor, Kedah, Sabah dan kelab Pantai Timur calon kuat saingan JDT

BACA LAGI: Tak dipanggil Kim Pan-gon, Sergio Aguero bakal kendali skuad akademi

Pemain-pemain warisan sedia ada juga sudah berusia dan prestasi mereka tidak seperti dahulu yang boleh kekal membantu Harimau Malaya pada masa akan datang.

Posisi paling kritikal ketika ini ialah pertahanan kiri dan kanan di mana menjadi 'rumah' buat La'Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies terus kekal menjadi pilihan meskipun sudah berusia 30an.

Antara pemain warisan pilihan untuk menggantikan dua bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) ialah Joshua Rawlins yang berasal dari Australia.

Pemain warisan Australia-Malaysia itu mempunyai jalan cerita yang sama dengan Matthew Davies apabila memulakan karier mereka di Perth Glory.

Matthew Davies

Davies menyertai Perth Glory pada 2013.

Menurut perkongsian Frfuturetalents, Matthew Davies menyertai Perth Glory pada 2013 manakala Rawlins pula sekitar 2019.

Apa yang lebih menarik, dua bintang itu beraksi di posisi 'full back' dan dilahirkan di Perth, Australia yang mana kedua-dua pemain turut mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibu mereka.

Matthew Davies yang pernah beraksi untuk skuad muda Australia telah memilih untuk mewakili negara kelahiran ibunya, Malaysia dan sudah pun memakai lilitan kapten Harimau Malaya.

Manakala, Rawlins masih belum membuat keputusan untuk mewakili pasukan kebangsaan negara mana selepas dia sering menjadi tonggak utama skuad muda Australia.

Jika Rawlins ingin beraksi untuk Malaysia, adakah destinasi seterusnya pemain muda itu ialah Sri Pahang FC seperti Matthew Davies yang mewakili Tok Gajah sebelum menembusi skuad Harimau Malaya?

Untuk info, Matthew Davies beraksi untuk Sri Pahang selama enam tahun sebelum berhijrah ke JDT pada 2020.

Dengan pengalaman yang ada pada pihak pengurusan Sri Pahang dalam menarik minat Matthew Davies, adakah mereka mampu membawa seorang lagi pemain berbakat kacukan di bumi Darul Makmur?

Jika pihak pengurusan Pahang berjaya, ini sekali gus memberikan kelebihan buat Kim Pan-gon untuk memanggil Rawlins ke dalam sesi latihan Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram