[VIDEO] Karier 11 tahun 'top scorer' Piala AFCON 2024 punah angkara tidak diiktiraf FIFA


  • Podium
  • Rabu, 05 Jun 2024

Nsue digantung selama enam bulan oleh FIFA kerana kekal beraksi bersama Equatorial Guinea walaupun sudah dilarang badan induk itu.

PENJARING terbanyak Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2024, Emilio Nsue menerima tamparan hebat sepanjang karier bola sepaknya selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak mengiktiraf penampilannya bersama skuad nasional Equatorial Guinea.

FIFA telah memutuskan Nsue tidak pernah layak bermain untuk Equatorial Guinea sepanjang karier antarabangsanya selama 11 tahun.

Menurut laporan media pada Disember 2013, FIFA pernah mengeluarkan kenyataan berkata, Nsue tidak layak bermain untuk Equatorial Guinea selepas dia membuat penampilan untuk skuad muda Sepanyol dalam pertandingan rasmi (pertandingan di bawah FIFA).

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak kisah berapa gaji', bekas pemain Kelantan siapkan ‘resume’ cari kelab baharu

BACA LAGI: [VIDEO] 'Boyhood' Matt Davies boleh ulangi skrip sertai Sri Pahang

Namun begitu, bekas pemain Middlesbrough itu tidak mengendahkannya dan kekal beraksi bersama Los Elefantes meskipun tidak dibenarkan oleh FIFA.

Pada Mac 2023, FIFA telah melancarkan siasatan terhadap Nsue dengan penyerang itu diberikan tempoh enam hari untuk memberi respons kepada badan induk itu namun tiada jawapan diberikan pemain itu.

Menerusi kenyataan dimuat naik FIFA, Equatorial Guinea akan dilucutkan kemenangan aksi kelayakan Piala Dunia 2026 mereka menentang Namibia dan Liberia.

Kedua-dua perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Nsue.

Manakala Nsue telah digantung daripada bermain bola sepak selama enam bulan dan Persatuan Bola Sepak Equatorial Guinea didenda sebanyak lebih RM790,000.

Untuk rekod, Nsue merupakan penjaring terbanyak Piala AFCON 2024 dengan lima jaringan gol menewaskan beberapa pemain bintang lain seperti Bertrand Traore, Ademola Lookman dan Sadio Mane. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram