TULAR sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah kereta yang menggunakan jalan raya di sekitar San Jacinto, California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Menerusi laporan media, perbuatan yang dilakukan oleh individu itu telah menyebabkan seorang lelaki yang dikenali Victor Hugo Leon maut selepas terkena peluru tembakan rambang itu.
Lebih malang lagi, mangsa yang mempunyai empat orang anak maut ditempat kejadian.
Pihak polis tempatan telah menahan lelaki tersebut dan ditempatkan dalam Pusat Tahanan Murrieta kerana disyaki membunuh dengan 10 pertuduhan cubaan membunuh.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas insiden 'selfie' di Mexico, tular video wanita degil dirempuh kereta api
Menurut jurucakap polis tempatan, beberapa kenderaan terkena tembakan yang dilepaskan berhampiran jalan West Seventh Street dan South San Jancinto Avenu pada pagi Selasa (4 Jun).
Seorang saksi, Aurelio Pelayo yang berkerja di sebuah kedai tayar di kawasan berkenaan berkongsi situasi yang dialaminya semasa insiden tembakan rambang itu berlaku.
"Saya takut dan berlari masuk ke dalam kedai, kemudian saya melihat lelaki itu menanggalkan pakaiannya selepas dia (suspek) berhenti melepaskan tembakan.
"Jika saya berada di luar (kedai) mungkin 30 saat selepas insiden tembakan itu berlaku saya akan ditembak oleh suspek," katanya.
Surveillance footage shows deranged gunman Julio Rodarte randomly shooting at cars with a semi-automatic weapon. Father of four, Victor Hugo Leon, was shot dead by one of the bullets.
After the footage ends he removed his shirt, shoes, and according to witnesses, he eventually... pic.twitter.com/qRbgygpa2d
— Morbid Knowledge (@Morbidful) June 7, 2024
Manakala seorang lagi saksi yang berkerja sebagai juruwang berkongsi sebelum insiden tembakan rambang itu berlaku.
"Saya melihat suspek masuk ke dalam kedai pada awal pagi kejadian itu, dia kelihatan berpeluh dan cemas semasa masuk.
"Dia mula berjalan ke sana dan ke mari, kelihatan sedikit gementar.
"Ketika itu saya takut kerana memikirkan suspek akan merompak kedai selepas dia menghampiri kaunter.
"Suspek bertanyakan kepada saya apa yang boleh dibelinya dengan harga satu dolar dan saya memberikan beberapa pilihan," jelasnya.
Tambahnya lagi, selepas 20 minit kemudian insiden itu terdapat beberapa anggota polis merakam kawasan di luar tempat berkerjanya.
"Saya mula mendengar kekecohan di luar kedai, sebelum seseorang menunjukkan gambar suspek baru saya menyedari bahawa ia adalah lelaki yang sama masuk ke kedai," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram