SKUAD Malaysia berdepan tugas sukar apabila mereka bertemu Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Umumnya, semua mengetahui betapa pentingnya dua perlawanan itu kerana ia akan mencorak pergerakan Harimau Malaya dalam misi ke Piala Dunia 2026.
Namun begitu, kekecewaan diterima oleh penyokong apabila Malaysia seolah-olah melakukan persiapan 'tak siap' sebelum menentang dua negara itu.
BACA LAGI: Bukan tak cuba tapi Vietnam, Brunei pilihan awal aksi friendly — FAM
BACA LAGI: Perak dipetik lawan Harimau Malaya, JDT dan TFC patut jadi 'sparring partner'
Hal ini kerana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya mengadakan perlawanan pemanas badan menentang kelab Liga Super, Perak FC secara tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dalam perlawanan tersebut, skuad kendalian Kim Pan-gon mencatatkan kemenangan 1-0 hasil jaringan pemain pertahanan iaitu Daniel Ting.
Mengadakan perlawanan dengan pasukan bertaraf kelab sudah cukup mengecewakan, ditambah dengan tempoh aksi diadakan selama 70 minit sahaja menimbulkan pertikaian dalam kalangan penyokong.
Dengan dua aksi penting bakal tiba, tidak terkejut jika penyokong berasa risau dengan persiapan skuad negara.
"Betapa petingnya persiapan. Nak lawan pasukan macam Republik Kyrgyz mestilah kena adakan perlawanan persahabatan kurang-kurang setaraf macam mereka atau lebih hebat. Dari segi persiapan dah boleh tahu keputusan lawan mereka, jangan pernah harap dapat layak ke peringkat seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia," kata penyokong bernama Remisier Faiz Ismail.
"Nampak sangat FAM tak serius nak Harimau Malaya layak ke Piala Asia. Negara lain adakan friendly lawan negara, Harimau Malaya lawan Perak," ujar Ameerul Hakeem.
"Mengarutlah FAM, punya banyak masa takkan tak dapat cari pihak lawan berstatus negara? Dari sini nampak celaru dah, selamat tinggal nak masuk pusingan seterusnya," kritik Saiful Amirullah.
Pihak FAM ada memberikan penjelasan mengapa mereka mengadakan perlawanan menentang Perak dan bukan dengan mana-mana negara.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahmat mengatakan mereka ada cuba mendapatkan Vietnam dan Brunei namun kedua-dua negara itu tidak dapat memenuhi permintaan badan induk bola sepak negara tersebut.
"Memang kita sedar akan ketiadaan aksi persahabatan berdepan mana-mana skuad kebangsaan, tetapi kita sudah mohon empat atau lima negara untuk aksi persahabatan kerana kita bukan berada dalam Kalendar FIFA.
"Jadi, apa yang terpaksa kita buat adalah (berdepan) kelab lokal. Saya rasa coach Kim pun amat berpuas hati, cuma memang kita minta dan usaha," katanya.
Bagaiman pun, diharap Harimau Malaya dapat bangkti dan mengesahkan tempat di pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram