DETIK cukup mendebarkan menanti skuad Harimau Malaya apabila mereka turun menentang Republik Kyrgyz untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Khamis.
Sepak mula yang diadakan pada 11 malam waktu Malaysia itu menyaksikan Harimau Malaya mesti menang untuk menghidupkan peluang ke pusingan kelayakan seterusnya sekali gus menghidupkan impian menyertai Piala Dunia.
Oleh itu, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon perlu menggunakan taktikal ampuh bagi memastikan kemenangan berjaya dibawa oleh Malaysia.
BACA LAGI: Lawan Malaysia sekadar perlawanan biasa — Joel Kojo

Feroz (tengah) boleh diletakkan sebagai pertahanan tengah. — FAM
Antara salah satu percaturannya adalah dengan menurunkan pemain pertahanan iaitu Dion Cools. Cools diakui mempunyai kualiti tersendiri baik ketika bertahan atau menyerang.
Ketua pasukan Harimau Malaya itu antara muka wajib yang akan diletakkan oleh Pan-gon untuk melindungi pintu gol negara. Sudah pasti, perlawanan bertemu Republik Kyrgyz dia akan dijadikan sandaran sekali lagi oleh jurulatihnya.
Salah satu kekuatan dalam permainan Cools adalah ketika dia menyerang. Selain ampuh bertahan, ancaman sewaktu menyerang yang ditawarkan Cools juga mampu membantu skuad negara ketika cuba menembusi pintu gol lawan.
Oleh itu, terdapat saranan daripada penyokong kepada Pan-gon untuk tidak meletakkan Cools di posisi pertahanan tengah kerana ia akan membataskan pergerakan pemain itu ketika membantu Malaysia menyerang.

Posisi asal Cools adalah pertahanan kanan. — FAM
Sebaliknya, meletakkan pemain tersebut ke posisi asalnya iaitu pertahanan kanan.
"Pastikan Dion Cools tak main pertahanan tengah. Insya-ALLAH berjaya. Bagi dia tugasan menyerang. Rugi pemain attacking-minded kena duduk bawah. Gunakan kelebihannya itu Kim Pan-gon," cadang penyokong bernama Aqi Azhari.
"Betul tu. Dion Cools tak sesuai main pertahanan tengah," ujar Mohd Faiz pula.
Dalam masa yang sama terdapat cadangan supaya Pan-gon menggunakan gandingan pertahanan Johor Darul Ta'zim iaitu Feroz Baharudin dan Shahrul Saad di bahagian tengah dan menolak Cools ke posisi tengah.
"Dulu dah pernah cuba, tak menjadi pun. Dia perlahan bila bawa bola," kata Fizu Din.
"Bagi Feroz Baharudin dan Shahrul Saad. Endrick dos Santos, Syamer Kutty Abba dan Cools di tengah. Macam menarik, tapi nak ke Pan-gon letak Cools di tengah?," komen Azmi Amie pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
