Sikap 'boleh je' punca budaya cop parkir PPR 'tidak nampak bayang' akan selesai


  • Massa
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Isu 'cop parkir' semakin meruncing terutamanya dalam kalangan penduduk rumah PPR disebabkan sikap ambil remeh segelintir pihak. — Gambar hiasan

BUDAYA tidak mematuhi arahan dan sambil lewa antara punca kepada sesuatu masalah itu boleh berlarutan tanpa penyelesaian termasuk dalam isu 'cop parkir' di kawasan pangsapuri kos rendah seperti Program Perumahan Rakyat (PPR).

Pakar sosial dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Prof Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sikap mengambil remeh sesetengah penduduk dalam mengatasi masalah tersebut.

Mohammad Shatar berkata, punca isu itu terus menebal terutamanya di kawasan perumahan PPR kerana tiada tindakan tegas yang diambil di peringkat awal.

BACA LAGI: Tragedi nikmati panorama semulajadi, suami isteri lemas dibawa arus deras di China

BACA LAGI: Penunggang maut rempuh belakang bas tiba-tiba berhenti di Melaka

Screenshot (1918)

Mohammad Shatar menyarankan agar penduduk rumah PPR membuang sikap dan budaya tidak sihat itu. — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Katanya, secara sosialnya, sesuatu kesalahan itu akan dinormalisasikan sekiranya ia dilakukan secara berterusan dan tidak mendapat teguran daripada mana-mana pihak.

"Maksudnya tiada siapa yang kisah pada awalnya, maka ramailah yang terapkan budaya 'boleh je, boleh je'.

"Sehingga dah menebal baru nak betulkan, jadi ia satu perkara yang susah sebab dah terlalu ramai yang buat silap sedemikian," katanya kepada Majoriti.

Shatar berkata, setiap penduduk yang menghuni rumah PPR perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk mematuhi peraturan atau undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemaju.

"Hal ini kerana, ia merupakan antara perkara yang menjadi kunci kepada keharmonian dan kedamaian komuniti rumah PPR tersebut.

"Ia juga sekali gus akan mengelakkan daripada berlakunya kesulitan dalam konteks untuk meletakkan kenderaan masing-masing," katanya.

Bukan itu sahaja, beliau melihat bahawa peraturan sedia ada itu juga sudah tidak diikuti dengan sepenuhnya seperti penduduk secara bersahaja membawa masuk kenderaan melebihi tempat parkir yang disediakan.

2727751

Sesetengah penduduk yang sanggup menanda parkir awam di sebuah rumah pangsapuri di kawasan Lembah Klang. — Gambar hiasan

Katanya, pihak pengurusan rumah terbabit perlu bertindak mengawal dan meninjau penduduk yang melakukan kesalahan demikian bagi mengatasi masalah berkenaan.

Beliau turut membandingkan dengan penduduk di luar negara seperti China yang tidak mewajibkan setiap individu mengemukakan bukti memiliki rumah dan kawasan parkir sebelum membeli sesebuah kenderaan.

"Jadi, seperti fahaman saya, setiap penduduk rumah pangsa di Malaysia juga sebenarnya sudah ditetapkan syarat terhadap jumlah parkir yang seharusnya dipatuhi mereka.

"Hal ini kerana, setiap parkir pun sudah dikira mengikut kesesuaian jumlah unit rumah tersebut dan penduduk perlu akur dengan perkara itu," katanya lagi.

Justeru, beliau menyeru pihak berkuasa atau pihak pengurusan rumah PPR seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil langkah progresif dan lebih tegas dalam menyelesaikan isu berbangkit itu.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan, terdapat pelbagai jenis objek yang digunakan penduduk untuk untuk menanda parkir di rumah PPR.

Antaranya adalah kerusi, meja kecil, kon, pasu bunga, baldi, tong cat terpakai dan motosikal.

Tindakan itu sekali gus membuktikan sikap mementingkan diri dalam kalangan komuniti penduduk di kawasan rumah berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram