PENYERANG naturalisasi Republik Kyrgyz, Joel Kojo mendabik keyakinan yang kemenangan akan berpihak kepada negaranya dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Malaysia.
Bertemu Harimau Malaya pada Rabu (11 malam waktu Malaysia), Kojo yang merupakan pemain kelahiran Ghana itu yakin Republik Kyrgyz mampu layak ke pusingan ketiga kelayakan.
Faktor mereka sedang mendahului kumpulan D dengan sembilan mata memberikan kelebihan buat Republik Kyrgyz.
BACA LAGI: Kapten percayakan Pan-gon, bawa Harimau Malaya ke pusingan seterusnya
BACA LAGI: Bukan sahaja Arif dan Faisal, ini 3 lagi pemain cedera tak sabar nak balik
Kojo ketika beraksi menentang Malaysia di Bukit Jalil. — Instagram/@kojo_joel_10
Sifirnya mudah saja, jika Republik Kyrgyz berjaya kalahkan Malaysia dan mereka akan layak ke pusingan seterusnya.
Sementara Malaysia wajib menang kedua-dua aksi termasuk berdepan Chinese Taipei untuk mara.
"Kami akan memenangi kesemua tiga mata dan kami akan layak. Saya harap pasukan akan bersatu padu dan tunjukkan kenapa kami adalah yang terbaik.
"Saya akan lakukan apa yang saya tahu (menjaringkan gol) dengan terbaik," kata Kojo kepada laman rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Keyakinan Kojo terhadap peluang Republik Kyrgyz tinggi melangit hinggakan dia menganggap perlawanan berdepan Malaysia sekadar satu lagi perlawanan biasa.
Kojo secara terbuka mengakui yang dia tidak tertekan untuk turun berdepan Malaysia. Dengan keyakinan menggunung, dia pasti mahu merobek pintu gol skuad negara.
"Secara peribadi, saya tidak rasakan sebarang tekanan dalam secara perlawanan.
"Saya tahu dalam perlawanan ini, seluruh negara, jurulatih dan sesetengah pemain akan berasa tertekan tapi saya anggap ia sekadar satu perlawanan biasa," ujar Kojo.
Sejak mewakili Republik Kyrgyz pada 2023, Kojo sudah menjaringkan tujuh gol dalam 15 penampilan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram