BARU-BARU ini, kancah bola sepak tanah air dikejutkan dengan kenyataan bekas pemain kebangsaan, Lee Tuck yang terbuka untuk kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M).
Meskipun sudah menyuarakan hasrat untuk kembali beraksi di Liga M, Lee Tuck bagaimanapun sudah pasti mempunyai destinasi tersendiri dengan mahu beraksi bersama kelab terdahulunya, Terengganu FC.
Bagaimanapun, hasrat pemain naturalisasi itu dianggap tidak tercapai selepas Terengganu dalam satu pengumuman mendedahkan bahawa bekas tonggak Kedah Darul Aman (KDA) FC itu tidak berada dalam perancangan musim ini.
BACA LAGI: Dias menepati kriteria penyerang yang saya idamkan — Akmal Rizal
Lee Tuck yang pernah beraksi untuk Harimau Malaya dikhabarkan mahu menyarung jersi Hitam Putih. — Facebook
BACA LAGI: Bukan Igor Postonjski, Tomislav kekal DNA Croatia ganti Habib Haroon ‘permanently’
Dalam pada itu, mengimbau kembali momen bersama Sang Penyu, Lee Tuck merupakan watak penting bagi skuad tersebut.
Pemain tengah kelahiran England itu pernah dilaporkan menerima pelbagai komen daripada peminat yang memintanya untuk meningkatkan prestasi berikutan menjadi punca tewas 1-3 menentang Perak FC pada 29 Februari 2020.
Pastinya tugas sebagai kapten amat membebankannya namun Lee Tuck percaya bahawa kesukaran tersebut pasti membuahkan hasil.
Bagi pemain berusia 35 tahun itu, perlawanan menentang KDA FC ketika itu menjadi perlawanan yang penting kerana dia bersedia untuk membawa pasukannya meraih kemenangan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Lee Tuck dilaporkan berkata, dalam bola sepak, apabila anda menang, peminat akan memberikan komen positif, apabila anda kalah, peminat akan menjadi negatif.
Meskipun kecewa aksi menentang Perak, di bawah kepimpinan Lee Tuck sebagai kapten, skuad Sang Penyu bertekad untuk kembali bangkit.
Ketika itu, Lee Tuck dilaporkan berkata, jangan berasa terlalu tinggi apabila menang dan jangan berasa terlalu rendah apabila kalah. Kekalkan fikiran yang seimbang.
Kata-kata semangat yang dilontarkan kepada rakan sepasukannya sedikit sebanyak memberi motivasi untuk skuad Sang Penyu.
Meskipun terpaksa berdepan bekas pasukannya iaitu KDA FC ketika itu, Lee Tuck yang memiliki perasaan cinta kepada TFC kekal positif dan bertekad meraih kemenangan.
Lee Tuck sebelum ini pernah menyarung jersi TFC bermula 2018 hingga 2020 sebelum kembali sebagai pemain pinjaman pada 2022.
Selain TFC, pemain kelahiran Halifax, England itu pernah menyarung jersi Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC dan KDA FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram