ASSIFUAH atau Milos?
Itulah yang menjadi pendebatan dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas mereka merasakan penyerang baharu kelahiran Serbia, Milos Gordic masih mempunyai banyak kekurangan.
Manakala penjaring terbanyak Piala MFL, Ebenezer Assifuah kembali menyertai Sang Kenari sebagai slot import pemain terakhir untuk menjadi 'backup' buat Milos.
Namun begitu, penyokong mula membuat perbandingan antara kedua-dua pemain itu meskipun baharu sahaja menyertai pasukan Sang Kenari.
BACA LAGI: Ulangi skrip Buriram United, kelibat import baharu JDT tiada dalam sesi latihan
Rata-rata komen dalam media sosial memilih Assifuah sebagai calon penyerang utama KDA FC kerana kelebihan dan skil individu dimilik pemain kelahiran Ghana itu.
"Saya rasa Assifuah lagi elok dari Milos, kelajuan, kekuatan dan penyudah Assifuah lebih baik," kata Kapten Leo.
"Milos kawal bola guna fizikal tapi susah nak buat gol. Assifuah kawalan bola ada cuma fizikal tiada tapi kelajuan, penyudah kaki kiri dan kanan sangat padu," ujar Muhd Iddin.
"Mungkin Assifuah dah lama duduk dekat Kedah, tak sama dengan Milos baru jejak kaki dekat Kedah belum sampai dua bulan," kata Mat Khosim.
Untuk rekod, Assifuah menyertai Kedah pada musim lalu namun tidak pernah melakukan penampilan bersama skuad utama Sang Kenari.
Bekas pemain PAU FC itu, hanya beraksi dalam Piala MFL bersama Kedah B sebelum merangkul trofi penjaring terbanyak liga.
Assifuah menjaringkan 16 gol ketika bersama KDA B.
Manakala Milos pada musim lalu hanya tampil dalam 16 perlawanan bersama Wuxi Wugo di liga divisyen kedua China yang menyaksikan dia menjaringkan empat gol dan empat assist.
Daripada segi rekod jaringan, Assifuah berjaya menewaskan Milos apabila dia menjaringkan 68 gol dan 24 'assist' dalam 270 permainan sepanjang kariernya.
Milos pula hanya merekodkan 31 jaringan dan 10 'assist' dalam 132 penampilannya bersama 12 kelab yang pernah diwakilinya, ia sekali gus menceritakan pemain mana yang lebih prolifik uuntuk membolosi gawang gol lawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram