PADA Selasa, kancah bola sepak tanah air dikejutkan dengan kenyataan bekas pemain kebangsaan, Lee Tuck yang terbuka untuk kembali mewarnai saingan Liga Super.
Pemain yang sebelum ini menyepi setelah pulang ke negara kelahirannya itu mendedahkan bahawa dia berminat untuk kembali ke Malaysia sekiranya diberikan peluang dan tawaran berpatutan.
Malah, Lee Tuck juga seperti sudah mempunyai destinasi tersendiri apabila dia mengatakan kelab terdahulunya, Terengganu FC kerana pelbagai memori indah direkodkannya ketika bersama pasukan itu.
Oleh itu, Majoriti akan menyenaraikan pro-kontra jika Lee Tuck pulang ke bumi Terengganu.
BACA LAGI: Jika ikut caranya, rumput SNBJ boleh tumbuh dalam 2 minggu
Lee Tuck menikmati tiga musim yang cukup membanggakan bersama skuad Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC
BACA LAGI: Ada klu kata Terengganu bakal terima seorang lagi pemain bintang
1. Serasi dengan taktikal jurulatih
Sebelum meninggalkan bumi Malaysia pada musim 2023, Lee Tuck antara tonggak penting yang sering diturunkan untuk menjadi kesebelasan utama skuad Sang Penyu.
Beraksi di bawah kendalian Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner, Lee Tuck sering menampilkan aksi cemerlang apabila mencetak lima gol dan membuat tujuh hantaran bantuan selepas 16 penampilan.
Sekiranya bekas pemain kebangsaan itu kembali ke bumi Terengganu, pastinya dia tidak memiliki sebarang masalah untuk beraksi di atas padang.
Ia berikutan selepas Lee Tuck dilihat sudah cukup sebati dengan taktikal yang diterapkan oleh Steinbruckner sebelum ini.
2. Disayangi penyokong
Meskipun pernah mengecewakan penyokong tanah air, pastinya kepulangan watak penting Sang Penyu itu akan diterima baik oleh peminat Sang Penyu.
Ia berikutan selepas Lee Tuck sering menampilkan aksi cemerlang ketika bersama Sang Penyu.
Bukan itu sahaja, malah kehadiran Lee Tuck dijangka bakal membuat perubahan kepada skuad Sang Penyu yang lebih berpengalaman dengan taktikal Steinbruckner.
Kontra
1. Posisi tidak terjamin
Selepas sahaja meninggalkan kem Sang Penyu, posisi Lee Tuck sepertinya sudah bertukar tangan.
Beraksi sebagai pemain tengah menyerang ketika bersama TFC, posisi Lee Tuck dijangka akan tergugat dengan kehadiran pemain import, Nurillo Tukhtasinov.
Meskipun beraksi cemerlang di posisi tersebut namun Steinbruckner pastinya lebih memilih Nurillo untuk menggalas tugas tersebut.
2. Faktor umur
Meskipun bakal kembali ke TFC, namun penyokong perlu menerima hakikat bahawa pemain naturalisasi itu sudah menghampiri penghujung kariernya.
Hal ini demikian kerana, Lee Tuck kini sudah berusia 35 tahun dan hanya sesuai untuk perancangan jangka masa pendek.
Jika dibandingkan dengan stamina pemain muda, Lee Tuck dilihat tidak mampu untuk bersaing dan berkemungkinan hanya merugikan kelab yang menginginkan pemain tengah untuk jangka masa panjang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram