[VIDEO] 'Tak kisah berapa gaji', bekas pemain Kelantan siapkan ‘resume’ cari kelab baharu


  • Podium
  • Rabu, 05 Jun 2024

Nik Shahrul pernah membantu Kelantan menjuarai Liga Super 2012.

BEKAS pemain pertahanan TRW Kelantan FC, Nik Shahrul Azim sedang mencari kelab baharu untuk musim 2024/25 meskipun jendela perpindahan liga sudah tutup.

Pemain berusia 33 tahun yang pernah menjuarai trofi Liga Super 2012, Piala Malaysia 2012 dan Piala FA 2012, 2013 bersama Kelantan itu masih bergelar ejen bebas.

Perkara tersebut dikongsikan pemain itu sendiri di akaun TikTok miliknya dengan menunjukkan dia sedang berjoging di atas 'treadmill' sambil mempromosikan dirinya yang ingin mencari kelab baharu.

BACA LAGI: Lahir dari sistem bola sepak Kelantan, Muhaimin Izuddin kecewa TRW tarik diri

BACA LAGI: 'Satu kerugian buat bola sepak negara' Pol Corpas ulas keputusan TRW

"Mana-mana pasukan yang nak pakai pemain, bolehlah hubungi (saya) ya. Badan sentiasa cergas, berlatih setiap hari. Masih (berstatus) ejen bebas lagi.

"Umur nanti kita hantar resume, kalau nak boleh hubungi. Percuma sahaja, gaji terpulang nak bagi berapa pun (tak kisah).

"Kelab yang pernah diwakili ada beberapa pasukan, cepat-cepat hubungi takut ada pasukan lain yang berminat,” katanya.

Sebaik saja video tersebut dimuat naik, ramai peminat bola sepak terutamanya dari Kelantan berharap ada pasukan yang bersedia memberi peluang kepada Nik Shahrul.

@nikshahrulazim5

♬ original sound - AZIMALYAA

Namanya mula dikenali peminat bola sepak negara apabila mewakili kelab Pantai Timur, Kelantan dari 2012 hingga 2018 sebelum berhijrah ke Negeri Sembilan pada tahun berikutnya.

Selain Kelantan dan Negeri Sembilan, pemain berketinggian 1.74 meter itu juga pernah beraksi untuk Kuala Lumpur City FC dan PKNS FC.

Anak kelahiran Kelantan ini juga pernah membantu Harimau Muda menjuarai Pestabola Merdeka pada 2013.

Sepanjang karier bola sepaknya, Nik Shahrul mewakili skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) di peringkat antarabangsa sebanyak 14 kali dari 2012 hingga 2014. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram