[VIDEO] Tiga rakan berpelukan, sempat beri amaran kepada pengunjung lain sebelum dihanyutkan arus deras sungai


  • Benua
  • Selasa, 04 Jun 2024

Tangkap layar video tiga rakan itu berpelukan sebelum dihanyutkan air deras sungai di Itali.

TULAR di media sosial klip cukup menyedihkan apabila tiga sahabat dirakam berpelukan bersama-sama sebelum dihanyutkan arus deras sungai dalam kejadian di Itali baru-baru ini.

Ketiga-tiga mangsa yang berumur dalam lingkungan 20-an itu dirakam oleh orang awam sedang berpelukan selepas mendapati diri mereka dikelilingi air sungai yang naik dengan cepat berikutan hujan lebat berterusan.

Menerusi laporan media, mereka (mangsa) mengalami kesukaran untuk bergerak ke kawasan selamat selepas bersiar-siar di sepanjang Sungai Natisone, Udine.

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang panik, rempuh pokok budak gatal tangan 'rem' motosikal

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak rasa kaki', pemain lawan terjah Alif minta izin melawat

Ketika paras air tiba-tiba meningkat, ketiga-tiga mangsa menyedari mereka sudah terperangkap dan sempat memberikan amaran kepada pengunjung yang lain.

Anggota bomba telah dipanggil dan segera tiba di tempat kejadian.

Menurut jurucakap bomba tempatan, mereka cuba menyelamatkan ketiga-tiga mangsa dengan membaling tali, namun usaha menyelamat itu gagal.

"Kami cuba melakukan usaha menyelamat dengan membaling tali, namun mereka (mangsa) gagal untuk mencapai objek tersebut,"

Akhbar tempatan pula melaporkan, mayat dua wanita sudah ditemui pihak bomba di dua lokasi berbeza dengan jarak 1 kilometer (km) dari kawasan kejadian.

Pihak keluarga juga sudah dimaklumkan, namun pencarian seorang lagi mangsa (lelaki) sedang diteruskan ketika ini.

Dianggarkan lebih 80 anggota bomba terlibat dengan ekspedisi pencarian mangsa ketiga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram