Misteri '4 jari' terjawab, Sabah alami tunggakan gaji sejak Mac — Sumber


  • Podium
  • Isnin, 03 Jun 2024

Pemain Sang Badak seakan-akan memberikan klu mengenai nasib mereka. — Facebook/Sabah FC

SABAH FC sekali lagi terpalit dengan masalah tunggakan gaji?

Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran seluruh penyokong Sabah selepas beberapa pemain Sang Badak seperti Farhan Roslan dan Saddil Ramdani menunjukkan isyarat empat menggunakan jari.

Isyarat empat itu ditunjukkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee selepas berjaya menundukkan PSIS Semarang dalam aksi RCTI Premium Sports dengan keputusan 2-1 di Stadium Antarabangsa Jakarta, Indonesia pada Ahad.

BACA LAGI: Isyarat 4 jari 'hint' halus Sabah sekali lagi dilanda isu gaji?

BACA LAGI: Neymar Malaysia antara 3 pemain sesuai ganti Darren Lok sebagai penggempur utama Sabah

Petunjuk berkenaan kemudiannya diterjemahkan rata-rata penyokong skuad Sang Badak yang mahu jawapan tepat diberikan pihak pengurusan akan situasi sebenar kewangan mereka.

Menurut sumber terdekat pasukan, Sabah sedang mengalami masalah tunggakan gaji sejak Mac lalu dan beliau mendakwa duit penajaan RM6 juta untuk perbelanjaan pasukan telah digunakan awal tahun ini.

"Sabah telah mengalami tunggakan gaji sejak Mac.

"Penaja RM6 juta kena tanya pihak pengurusan, (sebab) RM6 juta perbelanjaan (telah digunakan) untuk bulan Januari dan Februari sahaja.

"Ada lagi 11 bulan untuk Sabah terus bersaing dalam liga," katanya kepada Majoriti.

Berdasarkan laporan terdahulu, Sabah FC berdepan masalah tersebut selepas kesukaran mendapatkan penaja, namun kes berkenaan tidak dibawa ke tahap lebih tinggi.

Namun, masalah itu tidak memberi kesan buruk terhadap gaya permainan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang masih berada di kedudukan ketiga Liga Super 2023.

Selain itu, persembahan cukup baik berjaya dipamerkan dalam Piala AFC apabila pasukan berkenaan melayakkan diri ke peringkat kalah mati dengan pencapaian itu amat diraikan ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram