Angkara tak puas hati ditegur tak pakai helmet, 2 lelaki mabuk baling 'claypot' di Balai Polis Serdang


  • 112
  • Ahad, 02 Jun 2024

Tiada anggota polis yang cedera dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu. — Pejabat Malaysia

GARA-GARA ditegur menunggang motosikal tanpa topi keledar, dua individu yang dalam keadaan mabuk bertindak di luar jangka apabila membaling periuk tanah di Balai Polis Serdang, Selangor pada awal pagi Ahad.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, tiada anggota polis yang cedera dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu.

Katanya, dua suspek pada awalnya menaiki motosikal berhenti di hadapan balai polis.

BACA LAGI: Nasib 7 wakil rakyat BERSATU terjawab, PRK bakal jadi penentu masa depan Umno, kerjasama Kerajaan Perpaduan

BACA LAGI: Azmin dan Hamzah belum cukup syarat, tiada keperluan tanding rebut jawatan Timbalan Presiden BERSATU — Wan Saiful

Bagaimanapun, pembonceng motosikal terbabit kemudiannya bertindak membaling periuk ke arah pagar sebelum mereka melarikan diri selepas ditegur oleh anggota di lokasi.

“Motif kejadian disyaki adalah balas dendam kerana dipercayai suspek telah ditegur awal pagi itu di sekatan jalan raya kerana tidak memakai topi keledar,” katanya.

main pixSamson (left) welcoming ACP Anbalagan to the community safety programme organised by Bandar Puteri 8 Rukun Tetangga at the badminton court. - Photos: CHAN TAK KONG/The Star

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan (dua dari kanan).

Menurut Anbalagan, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram