Dennis Bekking bakal tinggalkan Selangor? Bambang Pamungkas disebut ganti tempat jadi TD


  • Podium
  • Selasa, 04 Jun 2024

Dennis Bekking dilaporkan meninggalkan Selangor.

DALAM bola sepak moden, sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah kelab untuk mempunyai seorang pengarah teknikal.

Jawatan ini mempunyai tugasnya yang tersendiri. Walaupun tugasnya tidak terlibat dengan urusan latihan pemain sehari-hari, tetapi pengarah teknikal masih mempunyai pengaruhnya terhadap perjalanan pasukan.

Hal ini kerana, mereka akan menentukan DNA pasukan serta mendapatkan individu-individu tepat bagi menjayakan misi tersebut.

BACA LAGI: MFL perlu segera tetapkan hukuman tepis persepsi 'sengaja rosakkan rentak Selangor FC'

BACA LAGI: Tak rasa gentar, Buzzinho bangga wakili Selangor di pentas dunia EA FC

Dennis-Bekking-Tan-Cheng-Hoe-FAM-crop

Bekking (kiri) dilaporkan ikut jejak langkah Tan Cheng Hoe (kanan) meninggalkan Selangor.

Di Malaysia, terdapat beberapa kelab yang mempunyai pengarah teknikal dan salah satunya adalah Selangor FC. Jawatan di kelab Lembah Klang itu disandang oleh Dennis Bekking dari Belanda.

Namun begitu, jawatan itu dikatakan bakal dikosongkan oleh Bekking dalam masa terdekat. Menurut sumber Majoriti, Bekking dilaporkan memilih untuk meninggalkan Selangor.

Dikatakan, keputusan diambil oleh Bekking itu bukanlah kerana dia mendapat tawaran daripada kelab lain. Sebaliknya, dia perlu pulang semula ke Belanda bagi menguruskan hal peribadi dihadapinya.

Buat masa ini, belum lagi sebarang pengumuman rasmi daripada Selangor mengenai pemergian Bekking, tetapi ia dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dengan pemergian Bekking, ia akan membuatkan kerusi pengarah teknikal Selangor bakal kosong sejak diisinya pada 2022.

Selangor mungkin akan mencari pengarah teknikal baharu bagi memastikan hala tuju pembangunan kelab berterusan walaupun tanpa keberadaan Bekking.

Beberapa nama dilihat berpotensi untuk mengisi kekosongan tersebut seperti Peter de Roo yang kini melatih kelab Singapura, Balestier Khalsa.

De Roo merupakan bekas pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dia dilihat merupakan calon berpengalaman untuk jawatan tersebut serta memahami landskap bola sepak di negara kita.

Satu lagi nama yang boleh mengisi jawatan tersebut adalah legenda kelab, Bambang Pamungkas. Jika Selangor mahu mengambil pendekatan seperti Kedah Darul Aman FC yang membawa semula bekas pemain maka Bambang adalah calon tepat.

Disenangi penyokong serta dianggap sebagai generasi baharu dalam pengurusan bola sepak, pastinya Bambang boleh menbawa dimensi baharu buat Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram