TIDAK boleh dinafikan bahawa sukan elektronik atau esports sudah semakin mendapat perhatian serius dengan pelbagai pihak kelihatan amat berminat untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
Manakan tidak, kejayaan dikecapi dalam beberapa permainan seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) membuatkan ramai mula celik akan masa depan sukan tersebut.
Kini, giliran permainan berasaskan bola sepak mula menitip bibir peminat esports selepas potensi ditunjukkan pemain tempatan setiap kali berdepan lawan dari negara lebih dikenali.
BACA LAGI: 'No console no problem', kaki bola boleh layan 3 games hanya guna telefon pintar
BACA LAGI: 'Asalkan tak sentuh keluarga', Moon Todak berang peminat rosakkan poster
Buzzinho berpeluang menaikkan mutu dan reputasi EA FC di mata dunia. — Instagram/eMFL
Malah, baru-baru ini, satu pencapaian lebih tinggi berpeluang dikecapi setelah pemain dikenali sebagai Buzzinho bakal mewakili kelab tempatan, Selangor FC dalam FC Pro World Championships Play-Ins.
Selepas menjuarai eMFL Liga Super 2024, dia yang nama sebenarnya Khevind Awat Ranai akan berentap dalam pertandingan bakal dilangsungkan pada Jun akan datang.
"Ia adalah satu penghormatan untuk wakili kelab cukup besar dalam mana-mana kejohanan. Tetapi, apa yang menjadikan saya lebih bangga adalah kerana saya akan beraksi di bawah nama Selangor dalam pertandingan bertaraf dunia. Saya akan buat yang terbaik untuk The Red Giants," katanya kepada Majoriti.
Ini bukanlah kali pertama kelab Lembah Klang itu menceburkan nama dalam bidang esports kerana dalam arena Liga Pro MLBB Malaysia (MPL), Selangor Red Giants mula menempa nama.
Buzzinho sudah membuktikan dirinya di pentas kebangsaan dengan menjuarai eMFL 2024. — Instagram/eMFL
Kehadiran penyokong skuad Gergasi Merah turut kelihatan ketika pasukan itu beraksi dengan ini sudah tentu akan membuka mata lebih banyak kelab Liga Super untuk mengambil keputusan sedemikian.
Menurut Buzzinho, pertandingan semegah terbabit tidaklah membuatkannya terlalu gemuruh, namun perasaan itu sudah tentu akan dirasai pada kali pertama dia beraksi.
"Ketika ini, saya tidaklah terlalu gementar. Tetapi, selepas saya berada di sana dan membuat sedikit persiapan, perasaan berkenaan pasti akan memberi kesan terhadap saya.
"Namun, itu adalah satu petanda cukup baik kerana ini membuktikan saya berazam untuk meraih kemenangan," kata pemain berusia 22 tahun berkenaan.
Jelas Buzzinho, dia juga pernah berentap dalam FIFA eClub World Cup pada 2023 yang diadakan di Denmark dan pada tahun berikutnya di Riyadh, Arab Saudi ketika mewakili Team Flash. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram