Minta nasihat pemenang Puskas, Adib Ra'op mahu jadikan panggilan HM penuh bermakna


  • Podium
  • Sabtu, 01 Jun 2024

Adib meraih panggilan skuad kebangsaan pertamanya pada usia 24 tahun. — FAM

PEMAIN Penang FC, Adib Ra'op mahu menjadikan panggilan pertamanya bersama-sama skuad kebangsaan satu detik bermakna dalam kariernya.

Berpeluang untuk diturunkan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz serta Chinese Taipei, Adib mendedahkan yang dia meminta nasihat daripada pemenangan Anugerah Puskas, Faiz Subri.

Adib berbuat demikian untuk memastikan dirinya tidak terlalu bermegah sebagai orang baharu dalam skuad kebangsaan. Selain Faiz, dia turut mendapatkan nasihat daripada jurulatihnya iaitu Akmal Rizal.

BACA LAGI: 'Saya ada lihat sesuatu padanya', Razman Roslan puas hati nama Adib Raop tersenarai

BACA LAGI: Adib Raop mahu berguru dengan 4 bintang HM, minta nasihat Syamer Kutty sebelum ke Kelana Jaya

442509562_1158385475234687_1529255001887229247_n

Adib Ra'op

"Bercakap dengan Faiz serta Akmal memberikan saya lebih kekuatan dan semangat untuk sahut dan ambil cabaran sebagai orang baharu dalam skuad kebangsaan.

"Akmal memberitahu saya untuk menikmati proses dan menjadi diri sendiri, serta bermain ikut kekuatan saya. Itu adalah pendekatan terbaik untuk saya mendapatkan kap kebangsaan yang pertama.

"Untuk Faiz pula, dia katakan kepada saya untuk tidak terlalu risau serta berikan yang terbaik untuk jersi kebangsaan," kata Adib.

Sebagai rekod, Faiz merupakan pemenang Anugerah Puskas FIFA pada 2016 apabila golnya untuk Penang menentang Sri Pahang FC menewaskan jaringan-jaringan dari Lionel Messi, Neymar dan Saul Niguez.

Walaupun bersama dengan barisan pemain handalan dari serata negara, Adib mendedahkan ia tidak sukar untuk pemain tersebut menyesuaikan diri dalam skuad kebangsaan.

Hal ini kerana, pendekatan oleh Kim Pan-gon itu sendiri memudahkannya untuk cepat selesa dan tidak kekok apabila berada dalam skuad Harimau Malaya.

"Kim Pan-gon ada sentuhan peribadi apabila dalam menguruskan pemain. Dia selalu bertanya kepada saya sama ada saya faham atau tidak taktikalnya dan sentiasa bersedia memberikan tunjuk ajar kepada saya.

"Perhatian sebegini membuatkan kita lebih bersemangat nak buktikan kita berhak berada dalam pasukan," jelas Adib. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram