[VIDEO] Tackle tak fikir panjang, pemain bola patah kaki berisiko rosak saraf lepas kena 'sodok'


  • Podium
  • Isnin, 03 Jun 2024

Tangkap layar video keadaan Alif (kiri) selepas diterjah pemain lawan dalam kejohanan sembilan sebelah di Kampung Jeram Landak, Pahang pada Ahad.

TULAR sebuah video seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas diterjah oleh pertahanan lawan ketika bermain bola sepak dalam satu kejohanan di Kampung Jeram Landak, Pahang pada Ahad.

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, lelaki tersebut sedang membawa bola ke arah kotak penalti pihak lawan sebelum pemain pertahanan melakukan terjahan keras ke atas mangsa.

Sejurus terjahan itu dilakukan, lelaki tersebut terus terbaring dalam kotak penalti sambil memegang kaki kanannya yang dipercayai sudah patah.

BACA LAGI: [VIDEO] Cepat 'koyak' atas padang, budak jersi no 4 tiru gaya Cantona protes kena layang kad aksi bola sepak Bawah 8 Tahun

BACA LAGI: [VIDEO] Real Madrid julang trofi UCL, lepas Carlo Ancelotti marah Vinicius Junior

Manakala pemain pertahanan itu pula terus meninggalkan lelaki tersebut selepas terjahan keras yang dilakukannya tanpa melihat kembali keadaan mangsa.

Lelaki yang menjadi mangsa terjahan ngeri itu ialah Alif Akhirizaman yang berlawan dalam peringkat kalah mati pusingan 16 dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Jeram Landak.

Menurut posting yang dimuat naik oleh pasukannya, terjahan keras yang dilakukan pihak lawan cukup untuk mematahkan tulang depan dan belakang pemain itu.

Alif juga berkemungkinan mengalami kerosakan saraf akibat kesan daripada terjahan tersebut.

"Alif ditimpa kecelakaan ketika beraksi dalam kejohanan sembilan sebelah Jeram Landak petang tadi (2 Jun).

"Tulang depan dan belakang disahkan patah dan mungkin berdepan dengan kerosakan saraf," katanya.

Pasukannya itu juga sedang melakukan kutipan derma bagi meringankan kos rawatan Alif yang mungkin mencecah ribuan ringgit.

"Sama-sama doakan kesejahteraan Alif Akhirizaman dan 'crowd funding' diperlukan sebagai secebis usaha kami untuk membantu beliau dan keluarga.

"Dalam proses pemulihan yang menelan kos ribuan ringgit, bagi yang nak membantu boleh salurkan bantuan terus ke akaun keluarga beliau," jelasnya.

Ketika ini masih tiada lagi perkembangan baharu mengenai Alif dan Majoriti sudah menghubungi Lipis Fighter untuk mengetahui keadaan sebenar pemain tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram