[VIDEO] Lelaki terkulai kena serang 'hitman' ketika tengah tunggu rakan di restoran


  • Benua
  • Ahad, 02 Jun 2024

Tangkap layar video sekumpulan pembunuh upahan melarikan diri selepas menembak seorang lelaki di Las Palmas baru-baru ini.

SEKUMPULAN pembunuh upahan berjaya melarikan diri selepas menembak seorang lelaki yang didakwa menunggu rakannya di sebuah premis makanan di Las Palmas, Colombia baru-baru ini.

Menurut jurucakap polis tempatan, tiga orang suspek yang bertanggungjawab membunuh mangsa berjaya melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Insiden tiga suspek itu melarikan diri berjaya dirakamkan menerusi video orang ramai dan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Indonesia 'berdekah' tengok bas Selangor sangkut bawah jambatan

BACA LAGI: [VIDEO] Real Madrid julang trofi UCL, lepas Carlo Ancelotti marah Vinicius Junior

Mangsa berusia 40 tahun yang mana identiti masih tidak dikenali disahkan maut di luar sebuah pusat beli-belah Las Palmas.

Menerusi video CCTV, mangsa dilihat sedang duduk di mejanya sebelum suspek datang nak menembak lelaki itu sehingga terbaring di atas lantai.

Mangsa maut selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.

Selepas insiden mengerikan itu, pembunuh sempat melarikan diri dengan motosikal dan kini dikehendaki pihak berkuasa.

Menurut angka kes pihak berkuasa, setakat tahun ini, 130 pembunuhan telah direkodkan di ibu kota jabatan Antioquia, dan kejadian baru-baru ini telah meningkat kepada 131 insiden. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram