[VIDEO] Penjenayah putus kepala rempuh pengadang jalan lepas cubaan rompak trak kargo di lebuh raya Red Line gagal


  • Benua
  • Ahad, 02 Jun 2024

Lebuh raya 'Red Line' lokasi berlakunya kejadian kemalangan ngeri membabitkan penjenayah yang melakukan rompakan ke atas sebuah lori kargo.

SEORANG penjenayah yang cuba merompak sebuah trak kargo di lebuh raya 'Red Line' terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di daerah Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.

Menerusi laporan media, sekumpulan penjenayah sedang merancang untuk merompak sebuah trak kargo itu sebelum rancangan mereka gagal selepas dilanggar pemandu kenderaan tersebut.

Akibat pelanggaran dengan trak kargo itu, salah seorang daripada kumpulan penjenayah tersebut maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius yang dialaminya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki terkulai kena serang 'hitman' ketika tengah tunggu rakan di restoran

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Indonesia 'berdekah' tengok bas Selangor sangkut bawah jambatan

Media antarabangsa melaporkan kepala penjenayah itu terputus selepas motosikal dinaiki melanggar pengadang jalan.

Menurut pemandu trak kargo itu, dia sedar bahawa kumpulan penjenayah itu mengekori kenderaan dan cuba mendekatinya semasa di atas lebuh raya.

Semasa dalam perjalanan, sekumpulan penjenayah itu menunjukkan senjata seolah-olah memberi isyarat mahu memulakan rompakan sebelum pemandu trak itu menekan minyak untuk menyelamatkan diri.

Disebabkan perbuatan pemandu trak itu, salah seorang kumpulan penjenayah tersebut merempuh pengadang sehinggakan kepalanya terpisah daripada badan, manakala yang lain berjaya melarikan diri.

Pemandu trak itu tidak menghentikan kenderaan kerana khuatir dirompak dan terus memandu ke Maré Military Police Battalion untuk mendapatkan bantuan.

Pihak polis menutup kawasan kejadian bagi tujuan siasatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ngeri itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram