Isyarat 4 jari 'hint' halus Sabah sekali lagi dilanda isu gaji?


  • Podium
  • Ahad, 02 Jun 2024

Pemain Sang Badak ketika ini sedang beraksi di Indonesia sementara saingan Liga Super terhenti sementara. — Facebook/Sabah FC

SEBELUM ini, Sabah FC merupakan salah sebuah kelab terkesan dengan isu gaji yang dilaporkan melanda pemain dan staf pengurusan selama beberapa bulan.

Hal itu turut diakui pihak atasan yang mengatakan pasukan tersebut tidak boleh membawa masuk wajah baharu pada jendela perpindahan lalu kerana mahu menyelesaikannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa, skuad Sang Badak difahamkan sudah bebas daripada kemelut berkenaan dengan tiada lagi aduan dibuat pemain mahupun staf pasukan.

BACA LAGI: Neymar Malaysia antara 3 pemain sesuai ganti Darren Lok sebagai penggempur utama Sabah

BACA LAGI: Beri ucapan sambutan Pesta Kaamatan, ramai syak admin Juventus minat Sumandak Sabah

444923775_18269966494233417_4807990151460566254_n

Pemain Sang Badak seakan-akan memberikan klu mengenai nasib mereka. Facebook/Sabah FC

Namun, baru-baru ini, penyokong seakan-akan dapat menghidu bahawa isu terbabit sekali lagi berlaku berdasarkan petunjuk halus diberikan di media sosial.

Dalam satu grafik dimuat naik di Facebook rasmi kelab, beberapa pemain seperti Farhan Roslan dan Saddil Ramdani menunjukkan isyarat empat menggunakan jari selepas pasukan itu menundukkan PSIS Semarang dalam aksi RCTI Premium Sports.

Sekiranya ada yang mengatakan signal itu diberikan berdasarkan skor, ia boleh dikatakan tidak sesuai memandangkan Sabah hanya menyumbat dua gol menerusi Jafri Chew dan Irfan Fazail.

Petunjuk berkenaan kemudiannya diterjemahkan rata-rata penyokong skuad Sang Badak yang mahu jawapan tepat diberikan pihak pengurusan akan situasi sebenar kewangan mereka.

445374264_852739130226113_115369589432503494_n

Irfan merupakan salah seorang pemain yang menjaringkan gol buat skuad Sang Badak. Facebook/Sabah FC

"Kepada yang berkenaan, tolong beri penjelasan makna empat jari tu. Pasukan ini masih boleh beri saingan kepada pihak lawan. Penyokong pun mahu tahu," kata Abd Aziz.

"Pemain Sabah tetap berjuang walaupun angka empat membelenggu mereka. Kebajikan pemain patut diutamakan," kata Mohd Hammieddy Esa.

"Signal empat jari di tangan itu ada maksud tersirat. Pihak pengurusan yang berkenaan, fahamilah apa ertinya," kata William Anderson.

Berdasarkan laporan terdahulu, Sabah FC berdepan masalah tersebut selepas kesukaran mendapatkan penaja, namun kes berkenaan tidak dibawa ke tahap lebih tinggi.

Namun, masalah itu tidak memberi kesan buruk terhadap gaya permainan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang masih berada di kedudukan ketiga Liga Super 2023.

Selain itu, persembahan cukup baik berjaya dipamerkan dalam Piala AFC apabila pasukan berkenaan melayakkan diri ke peringkat kalah mati dengan pencapaian itu amat diraikan ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram