SAINGAN Liga Super sudah pun bermula dengan tiga perlawanan dilangsungkan sebelum laluan diberikan untuk persiapan Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Seperti biasa, setiap kelab pasti akan membawa muka baharu terutamanya bagi pemain import untuk memantapkan serangan. Ada yang sudah tunjuk taring, tapi terdapat juga segelintir masih mencari rentak.
Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kami senaraikan tiga pemain import yang masih gagal menunjukkan prestasi sebenar mereka di depan pintu gol lawan.
BACA LAGI: Mampukah Azzmi Aziz ulangi magis bersama Negeri Sembilan FC?
BACA LAGI: Gabungan duo ex Terengganu tak cukup sekat 'come back' Tok Gajah ikat Kuching City
Kpah Sherman
Nama penyerang Liberia ini tidak perlu diperkenalkan lagi, hal ini kerana Sherman sudah dikenali sebagai penyerang berkualiti dalam saingan Liga Super.
Memasuki tahun kedua bersama Sri Pahang FC, bagaimana pun permulaan kurang baik dicipta oleh Sherman apabila masih belum mencatatkan sebarang jaringan.
Sherman (tengah) masih gagal jaringkan gol untuk Sri Pahang musim ini. — Sri Pahang FC
Beraksi dua kali dalam perlawanan bertemu Kelantan Darul Naim FC serta Kuching City FC, Sherman bagaimana pun masih belum menjaringkan gol walaupun skuad Tok Gajah sudah menghasilkan tiga jaringan.
Situasi ini jelas merisaukan penyerang berusia 32 tahun ini dan semestinya dia mengharapkan selepas rehat bola sepak antarabangsa, prestasinya kembali meningkat.
Mika Junco
Penyerang baharu Negeri Sembilan FC ini turut mengalami masalah sama seperti Sherman apabila mengalami kesukaran dalam mencari gol pada musim baharu.
Hadir sebagai pemain tanpa kelab (free agent) ke Paroi, Mika bagaimana pun masih tercari-cari gol pertamanya buat skuad kendalian Azzmi Aziz.
Mika (kiri) gagal jaringkan gol berdepan JDT dan Selangor. — NSFC
Namun begitu, perkara itu boleh difahami kerana Mika dan Negeri Sembilan bertemu dua lawan sukar iaitu Johor Darul Ta'zim dan Selangor FC yang menyaksikan kedua-dua aksi berakhir dengan kekalahan.
Berdepan Kuala Lumpur City FC selepas tamat aksi bola sepak antarabangsa, Mika berpeluang membuka akaun jaringannya untuk Negeri Sembilan di depan penyokong sendiri.
Jordan Mintah
Satu lagi nama yang mengalami masa sukar di depan pintu gol adalah penyerang Kuching City FC iaitu Jordan Mintah.
Pernah dianggap mempunyai potensi besar untuk berjaya dalam Liga Malaysia, Mintah di musim pertamanya selepas dilepaskan Terengganu FC, belum menemui rentaknya.
Mintah (tengah) hanya ada satu gol bersama Kuching City. — KCFC
Sudah bermain tiga perlawanan, Mintah bagaimana pun berjaya menghasilkan satu gol ketika Kuching diikat seri 2-2 dengan Sri Pahang. Selain itu, Mintah gagal menjaringkan gol ketika perlawanan bertemu KL City dan Sabah FC.
Mintah akan berdepan bekas majikannya, Terengganu selepas rehat bola sepak antarabangsa. Mungkin pada waktu itu, motivasinya akan lebih meningkat untuk menjaringkan gol. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram