Tiada Romel, Darren Lok desak KPG letak 3 bintang dalam posisi striker


  • Podium
  • Khamis, 30 Mei 2024

Meksipun kehilangan tonggak utama, Harimau Malaya dijangka akan meraih keputusan positif dalam dua aksi penting Jun nanti.

JENTERA serangan Harimau Malaya terus tempang selepas kehilangan dua lagi penyerang berbisa tanah air, Darren Lok dan Syafiq Ahmad menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Jun depan.

Sebelum ini, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales antara empat pemain yang terpaksa diketepikan oleh pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berikutan mengalami kecederaan.

Begitupun, dua nama sudahpun dipanggil oleh Pan-gon iaitu Zhafri Yahya dan Shamie Iszuan bagi menggantikan posisi Darren serta Syafiq.

BACA LAGI: FAM tidak panik dakwaan surat layang — Rosmadi Ismail

BACA LAGI: FAM gugurkan Damien Lim, Hong Wan dari kem latihan Harimau Malaya

Kehadiran kedua-dua pemain tersebut dijangka akan membantu jentera serangan Harimau Malaya yang akan beradu tenaga berdepan Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei nanti.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang dijangka akan diletakkan di posisi menyerang menjelang dua aksi penting tersebut.

1. Safawi Rasid

Nama Safawi Rasid terus mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila turut tersenarai dalam 26 pemain Harimau Malaya yang dipanggil oleh Pan-gon.

WhatsApp Image 2024-05-29 at 19.00.51 (1)

Safawi sudah tentu berharap dapat diberikan kepercayaan dalam dua aksi getir itu. Facebook/FAM

Safawi memiliki peluang untuk beraksi di posisi penyerang kerana sebelum ini pernah mengisi kekosongan tersebut.

Sudah tentu Safawi mempunyai pengalaman tersendiri untuk mengawal permainan dengan baik dalam membantu skuad kebangsaan nanti.

2. Paulo Josue

Posisi penyerang bukanlah asing buat tonggak Kuala Lumpur (KL) City FC itu kerana sebelum ini dia pernah bermain sebagai penyerang bersama Harimau Malaya.

Meskipun ia bukanlah posisi terbaiknya, pemain kelahiran Brazil itu mempunyai kualiti dan pengalaman untuk mengganggu pertahanan lawan dengan hantaran dan gerakannya yang berkualiti.

WhatsApp Image 2024-05-29 at 19.00.51

Paulo pernah diberikan peranan istimewa dalam skuad kebangsaan. Facebook/FAM

Dengan prestasi cemerlang ketika ini selepas menjaringkan dua gol dalam kempen Liga Super 2024, Paulo pastinya masih konsisten untuk membantu skuad kebangsaan meraih keputusan positif.

Bagaimanapun, usianya yang semakin lanjut akan membuatkan kehadirannya sedikit merisaukan memandangkan Pan-gon sudah tentu mengharapkan anak-anak buahnya menampilkan aksi bertenaga.

3. Haqimi Azim Rosli

Penyerang muda negara, Haqimi Azim Rosli kini boleh dianggap sebagai tumpuan utama kerana hanya beliau dilihat sangat layak untuk mengisi posisi utama selaku penyerang kebangsaan.

Melihat kepada situasi tersebut kini, hanya Haqimi Azim dilihat mempunyai kesesuaian terbaik untuk mengisi kekosongan di posisi utama serangan pasukan kebangsaan kini.

WhatsApp Image 2024-05-29 at 19.00.51 (2)

Haqimi Azim mempunyai peluang untuk menggalas tugas sebagai penyerang bersama skuad kebangsaan nanti. Facebook/FAM

Pastinya pengalaman Haqimi dalam saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) baru-baru ini diharap mampu menjadi suntikan semangat untuk dirinya menyerlahkan bakat.

Untuk rekod, pengalaman meledak gol tunggal ketika menentang Laos dalam saingan Piala AFF 2022 pastinya akan menyuntik semangat Haqimi untuk lebih bersedia sekiranya diberi kepercayaan menjadi penyerang utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram