FAM tidak panik dakwaan surat layang — Rosmadi Ismail


  • Podium
  • Ahad, 31 Mac 2024

Rosmadi menegaskan isu surat layang ini sekadar bersifat tohmahan semata-mata. — Facebook/FAM

PADA Ahad, satu perbongkaran dibuat oleh individu tidak dikenali menerusi kiriman emel menjelang Kongres ke-60 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam surat tersebut, pelbagai perkara dikupas mengenai kemelut di sebalik persatuan berkenaan termasuklah isu salah laku Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman.

Susulan itu, badan induk itu mengalu-alukan sebarang siasatan dalaman berhubung dakwaan berlaku salah laku menerusi satu surat layang yang diedarkan kepada media oleh pihak yang menggelar diri mereka Ultras FAM," lapor Stadium Astro.

Perkara berkenaan dinyatakan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail kepada Nadi Weekend apabila diminta mengulas mengenai isu tersebut.

BACA LAGI: 'Tunggu esok', isu gaji staf FAM, salah guna kuasa dan KPG akan terjawab

Azman

Azman dikatakan terpalit dengan beberapa tuduhan dalam surat berbentuk emel berkenaan. Facebook/FAM

BACA LAGI: Brendan Gan buat U-turn, kembali ke Lembah Klang?

Dalam surat berkenaan, kumpulan atau individu terbabit menggaris empat perkara yang mendakwa berlakunya salah laku.

"Setiap keputusan adalah dibuat bersama dan akan dibentangkan dalam mesyuarat exco.

"Sama ada setuju atau tidak, ia bergantung kepada keadaaan. Mungkin tidak semestinya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh buat siasatan dalaman.

"Itu mungkin satu cadangan yang boleh menyelesaikan kekeruhan yang timbul pada Ahad," katanya di Nadi Weekend.

Begitupun, tiada istilah 'Kelana Jaya bergoyang', malah Rosmadi menegaskan isu surat layang ini sekadar bersifat tohmahan semata-mata gagal menghadirkan sebarang tindakan panik daripada badan induk berkenaan sendiri.

"Tiada situasi panik dengan tuduhan ini. Kami yakin dan amat percaya bahawa setiap keputusan yang dibuat ikut SOP (prosedur operasi standard) lama yang digunapakai oleh FAM," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram