Man United tetap 5 syarat ketat polisi pembelian pemain


  • Podium
  • Rabu, 29 Mei 2024

Manchester United menjulang Piala FA selepas menewaskan Manchester City. — Agensi

MANCHESTER United memilih detik terbaik untuk menyelamatkan musim buruk mereka apabila mengejutkan Manchester City 2-1, sekali gus menjulang Piala FA buat kali pertama sejak 2016 di Stadium Wembley pada 26 Mei lalu.

Kemenangan ke atas juara Liga Perdana Inggeris itu membolehkan The Red Devils turut menempah tiket ke Liga Europa musim depan selepas sekadar menamatkan kempen liga di tangga kelapan.

Bagaimanapun, di kala gembira meraih kemenangan tersebut, pemilik Manchester United, Sir Jim Ratcliffe mendedahkan bahawa pengurus pasukan baharu kelab itu perlu mematuhi peraturan yang ketat sekiranya mahu mengendalikan Man United.

BACA LAGI: Pan-gon dalam misi cari pengganti Arif Aiman, Faisal Halim

BACA LAGI: Zhafri Yahya ganti Syafiq Ahmad tercedera, ramai sangka sepatutnya Sumareh, Aguero atau Wan Zack

WhatsApp Image 2024-05-29 at 11.19.16

Terdapat lima syarat yang ditetapkan oleh Sir Jim Ratcliffe. — Agensi

Menurut Ratcliffe, terdapat lima syarat yang perlu dipatuhi sekiranya mahu melakukan pembelian pemain antaranya perlu membawa masuk pemain yang berumur bawah 25 tahun untuk membina pasukan yang lebih cergas, kuat dan pantas.

Selain itu, polisi ditetapkan menyaksikan mereka tidak akan membuat perbelanjaan terlalu besar-besaran untuk seorang pemain atau lebih sinonim dengan terma 'Galacticos' di Eropah.

Di samping itu, sebarang gaya atau corak permainan pasukan akan ditetapkan oleh Pengarah Teknikal, Jason Wilcox. Bukan itu sahaja, pengurus baharu perlu menandatangani pemain baharu berdasarkan posisi yang diperlukan dalam pasukan.

Akhir sekali, pihak diwakili Ratcliffe, Ineos akan mengeluarkan senarai tiga pemain di setiap posisi dan diserahkan kepada pengurus untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan.

Nasib pengurus Man United, Eric ten Hag masih samar walaupun terdapat laporan mengatakan dia akan kekal mengemudi kelab itu pada musim depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram