GARA-GARA dendam peribadi, seorang lelaki sanggup menendang dan memukul penjaja tua di tepi jalan di China.
Menerusi video yang berdurasi 30 saat yang tular sejak Isnin itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota penguatkuasa menanggalkan pakaian seragamnya lalu bertindak menyerang penjaja tua tersebut.
Namun begitu, rakannya dan beberapa warga sempat menghentikan tindakannya itu daripada terus menyerang penjaja tersebut.
BACA LAGI: Permohonan subsidi diesel, Budi Madani RM200 sebulan dibuka Selasa
BACA LAGI: PRK Sungai Bakap: SPR adakan mesyuarat khas 6 Jun
Gara-gara dendam peribadi, seorang lelaki sanggup menendang dan memukul penjaja tua di tepi jalan.
Baca selanjutnya> https://t.co/TH6Hcv73vh pic.twitter.com/pNVGvh3kHG
— Majoriti (@majoritionline) May 27, 2024
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada April lepas di Jalan Xiaochai Hengyi di Xiaogan, Hubei, China.
Berdasarkan komen di media sosial, anggota terbabit difahamkan tidak berpuas hati dengan penjaja tua terbabit yang pernah memaki hamun terhadapnya sebelum ini.
Bagaimanapun, motif serangan masih dalam siasatan.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram