Bukan sahaja wakili Brazil, Clayton rupanya pernah beraksi di samping arkitek Chelsea


  • Podium
  • Khamis, 30 Mei 2024

Clayton kini sudah semakin hampir untuk menempa namanya dalam kesebelasan utama skuad TBG. — Facebook/Perak FC

KEHADIRAN Clayton da Silva pada awalnya ditentang rata-rata penyokong Perak FC yang lebih berminat dengan penyerang di Liga India, Wilmar Jordan selepas pemain itu dikaitkan berbulan-bulan lamanya.

Namun, selepas tiga perlawanan, penerimaan terhadap peledak dari Brazil itu mula dilihat di media sosial selepas penyokong skuad The Bos Gaurus (TBG) mula berpuas hati akan persembahannya.

Ini selepas pemain berusia 28 tahun itu mencipta satu bantuan jaringan cukup baik kepada Lee Tae-min dalam aksi berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk memberikan kemenangan pertama mereka dalam Liga Super musim ini.

BACA LAGI: Bek muda Perak dikhabar cedera, nama bekas tonggak KDN FC diseru turun lawan Kedah

BACA LAGI: Bek Perak lebih dipandang, Arribas dan Ott 'diabaikan' Filipina

WhatsApp Image 2024-05-30 at 17.44.21

Clayton (kanan) pernah beraksi dalam skuad muda Brazil sebanyak lima kali. Agensi

Meskipun masih belum membuka akaun jaringan, orang ramai sudah berpuas hati dengan kehadirannya dengan masing-masing percaya dia akan mendapatkan gol pertama untuk kelab tidak lama lagi.

Kepercayaan tersebut timbul selepas penyokong skuad TBG mendapati Clayton mempunyai pengalaman memberangsangkan sepanjang kariernya, termasuk ketika dia mewakili negara kelahirannya hampir 10 tahun lalu.

Berdasarkan rekod, pemain berkenaan pernah berada dalam skuad Selecao dalam Kejohanan Pan American yang disertai beberapa negara dari Amerika Utara dan Latin.

Meskipun masing-masing hanya menghantarkan skuad lebih muda dan kurang berpengalaman, ia sudah cukup untuk membuatkan penyokong Perak FC percaya Clayton pernah menarik perhatian ramai.

hi-res-83b8531b7ac9ae15507bd69b4c1ebfb6_crop_north

Lucas Piazon pernah diturunkan bersama skuad utama Chelsea sebanyak sekali. Agensi

Lebih menarik lagi, skuad yang menamatkan kejohanan di tempat ketiga itu turut dibarisi bekas pemain Chelsea, Lucas Piazon yang pernah beraksi sebanyak sekali untuk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbabit.

Dalam pertandingan terbabit, Clayton berpeluang menjaringkan empat gol buat Brazil, termasuk di peringkat separuh akhir ketika berdepan pemenang pingat emas dalam acara bola sepak, Uruguay.

Bagaimanapun, peluang beraksi buat skuad muda negara Amerika Selatan itu hahal membantu penyerang berkenaan terus melonjak dengan dia tidak pernah lagi dipanggil.

Tetapi, ia tidak merencatkan kariernya di peringkat kelab memandangkan dia pernah mewakili beberapa kelab ternama, termasuk Atletico Mineiro di Brazil dan Dynamo Kyiv di Ukraine.

Namun, pada jendela perpindahan lalu, Clayton membuat satu keputusan menarik dalam kariernya apabila cuba menceburkan diri dalam dunia bola sepak Asia dengan menyertai skuad TBG. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram