Bek Perak lebih dipandang, Arribas dan Ott 'diabaikan' Filipina


  • Podium
  • Khamis, 30 Mei 2024

Arribas (kanan) antara pemain JDT yang konsisten menampilkan persembahan cemerlang. — Facebook/JDT

SEBAGAI persiapan menghadapi baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Vietnam dan Indonesia pada Jun nanti, Filipina memanggil seramai 28 orang pemain untuk memastikan mereka mereka meraih kemenangan pertama.

Melihat pada carta kedudukan Kumpulan F, Filipina kini berada di tangga terbawah selepas hanya merekodkan satu seri dan tiga kekalahan dalam empat perlawanan menentang Iraq, Indonesia serta Vietnam.

Daripada 28 pemain berkenaan, Filipina memanggil 10 tonggak yang berpangkalan di Eropah dan Amerika Utara, 11 pemain daripada kelab-kelab Asia Tenggara serta tujuh lagi direkrut selepas mempamerkan aksi cemerlang di saingan liga tempatan masing-masing.

BACA LAGI: 'Dia ada apa JDT perlukan', import baharu Harimau Selatan dilabel pengganti Leandro

BACA LAGI: JDT mungkin kempunan lagi, 2 kelab Eropah berebut khidmat Dion Cools

Antara nama bintang Filipina yang mendapat tempat ialah Neil Etheridge (Birmingham City), Santiago Rublico (Atletico Madrid), Paul Tabinas (Vukovar 1991), Adrian Ugelvik (Levanger) dan Scott Woods (Eik Tonsberg).

Manakala, Patrick Reichelt (KL City FC), Kevin Ray Mendoza (Persib Bandung), Jesper Nyholm (Perak FC), OJ Porteria (Dewa United) dan Kevin Ingreso (One Taguig) juga antara nama yang cukup dikenali penyokong domestik berhasil melengkapkan senarai 28 pemain Filipina.

Dalam kalangan 28 tonggak itu, hanya Jesper dan Patrick sahaja pemain yang beraksi saingan Liga Malaysia berhasil menarik minat jurulatih Belgium, Tom Saintfiet dengan nama popular seperti Manuel Ott serta Oscar Arrisbas diabaikan skuad Filipina.

Kehilangan dua pemain yang beraksi dengan pasukan gergasi iaitu Arribas daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) dan bintang Terengganu FC, Ott pula menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong.

Pertanyaan mula timbul susulan Arribas merupakan pemain yang beraksi untuk Harimau Selatan di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan dia juga merupakan kesebelasan utama dalam dua kemenangan awal JDT musim ini.

Manakala, Ott pula yang kini bermain semula bersama pasukan Sang Penyu masih mendapat tempat sebagai arkitek utama skuad kendalian Tomislav Steinbruckner walaupun semakin berusia.

Filipina bakal berdepan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 6 Jun ini, disusuli perlawanan menentang Indonesia pada 11 Jun di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram