Hatrik CJ dalam Piala MFL buatkan tempat Pak Mael di Sang Penyu makin goyah


  • Podium
  • Rabu, 29 Mei 2024

Nama Chijioke sekali lagi meniti di bibir penyokong skuad Sang Penyu atas sumbangannya baru-baru ini. — Facebook/Terengganu FC II

TERENGGANU FC II meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala MFL setelah mencatatkan dua kemenangan selepas membenam PDRM FC dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu pada Selasa.

Mereka yang kini berada di tangga kedua pastinya akan berterima kasih terhadap sumbangan penyerang, Nnabuike Chijioke yang menjaringkan hatrik dalam aksi berkenaan.

Ini merupakan kali kedua penyerang kelahiran Nigeria berkenaan menempa nama sendiri selepas pernah mencetak gol dalam aksi Liga Super menentang Perak FC awal bulan lalu.

BACA LAGI: Siapa sangka Chijioke kini sebaris Faye, Afro dan Nabil bermula dari 'jalanan' ke Liga Super

BACA LAGI: Penyakit musim lalu Perak bantu import Piala MFL Terengganu bantai TBG

2693112

Chijioke menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Super ketika berdepan Perak FC. Facebook/Terengganu FC

Meskipun hanya mendapatkan pendedahan mengenai saingan bola sepak negara menerusi liga sosial, dia seakan-akan tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri.

Tiga gol dalam Piala MFL itu sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa pemain berusia 26 tahun tersebut sudah bersedia untuk merebut tempat dalam skuad utama.

Hal berkenaan turut diakui penyokong Terengganu FC yang mahu menyaksikan Chijioke atau lebih dikenali sebagai CJ menggantikan penyerang utama pasukan, Ismaheel Akinade.

Dia yang sudah menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti ketika berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC dikatakan kurang menyerlah dalam membantu jentera serangan Sang Penyu.

Jadi, dalam usaha menyelesaikan perkara itu, ramai beranggapan Ismaheel perlu digugurkan untuk aksi akan datang, iaitu pertembungan Piala FA berdepan Perak FC pada 14 Jun depan.

442442887_441768375231269_2277323925611371205_n

Ismaheel masih belum mempamerkan aksi terbaik buat skuad Sang Penyu. Facebook/Terengganu FC

"Boleh cuba ditukar Chijioke dengan Ismaheel sebab nampak penyudahnya lebih baik setakat beberapa perlawanan ini," kata Iqie Muhammad.

"Bagus juga kalau ditukar dengan Pak Mael tu, naikkan Chijioke ke skuad senior. Mael biarkan dahulu dalam pasukan Piala MFL kerana nampak seperti terlalu selesa tanpa saingan," kata Muhd Aliff.

"Tukar dan masukkan dahulu CJ untuk perlawanan menentang Perak FC nanti," kata Kasma Kasma.

Pada jendela perpindahan lalu, Ismaheel yang beraksi bersama Kelantan United musim lalu dibawa ke skuad Sang Penyu untuk mengurangkan beban dipikul Ivan Mamut.

Bagaimanapun, kecederaan dialami penyerang kelahiran Croatia itu membuatkan Tomislav Steinbruckner perlu memberi kepercayaan terhadap Ismaheel setakat beberapa minggu perlawanan Liga Super.

Meskipun beraksi dengan cemerlang sepanjang pramusim, prestasi berkenaan gagal diulangi setakat tiga aksi buat Terengganu FC yang kini berada di tangga kedua Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram