SPRM tak lanjut siasatan kes surat layang, FAM tubuh jawatankuasa dalaman


  • Podium
  • Rabu, 29 Mei 2024

FAM tidak mahu dakwaan dibuat pihak misteri itu terus memberi kesan terhadap integriti dan imej persatuan.

ISU surat layang yang menyelubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hujung Mei lalu memberi tamparan hebat terhadap imej badan induk sukan bola sepak negara itu.

Pendedahan dibuat pihak yang masih belum dikenal pasti itu mendakwa beberapa individu tertinggi persatuan, termasuk Datuk Hamidin Mohd Amin dan Datuk Noor Azman Rahman terlibat dengan isu salah guna kuasa.

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengatakan terdapat masalah di sebalik Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) dengan ada mengatakan wujudnya isu ketirisan dana.

BACA LAGI: Harapan buru emas sulung Olimpik: Saya harap Lee Zii Jia 'peak' di Paris — Hamidin

BACA LAGI: Hamidin saran pemain guna khidmat pegawal peribadi

GJ-WuREbkAAy2k1-e1711959190328

Surat layang diedarkan pihak tidak dikenali yang menceritakan isu dalaman FAM.

Bagaimanapun, selepas siasatan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), didapati surat layang itu hanya satu dakwaan tidak berasas dengan kes berkenaan tidak disiasat lanjut.

Jadi, dengan mereka kini sudah 'bersih' daripada sebarang penyalahgunaan dana dan kuasa, badan induk berkenaan mengharapkan isu tersebut dapat diselesaikan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata, ia perlu diselesaikan bagi memulihkan kredibiliti persatuan serta mengembalikan keyakinan orang ramai terhadapnya.

"SPRM sudah sahkan bahawa tiada sebarang unsur rasuah dan salahguna kuasa di FAM. Siasatan bagi kedua-dua kes itu selesai dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mereka berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM.

"Kalau saya komen nanti akan menganggu siasatan PDRM. Jadi biarlah PDRM selesaikan siasatan (isu surat layang) dan tampil dengan hasil dapatan mereka. Saya harap perkara itu dapat diselesaikan segera," katanya selepas Seminar Integriti FAM di Wisma FAM, Selangor.

447021769_1158263475246887_3689257890838711552_n

Aseh menyerahkan kepercayaan terhadap PDRM untuk membuat siasatan. Facebook/FAM

Dalam pada itu, Aseh menjelaskan badan induk bola sepak negara tersebut mengambil inisiatif menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji di samping menyelesikan isu dalaman dialami mereka

"Atas kesedaran sendiri, FAM menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memastikan sama ada dakwaan dalam surat layang itu wujud dan benar ataupun hanya dakwaan semata-mata.

"Ini juga sebagai satu langkah untuk menambahbaik urustadbir FAM yang mana mereka melihat daripada segala sudut kalau ada ruang yang harus diperbaiki.

"Jika ada yang perlu diperbetul, maka ia diperbetul dengan segera kerana kita mahukan urustadbir FAM berada pada tahap yang terbaik," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram