Hamidin saran pemain guna khidmat pegawal peribadi


  • Podium
  • Isnin, 06 Mei 2024

Hamidin mengatakan pemain harus mendapatkan pengawal peribadi demi keselamatan. — GLENN GUAN/The Star

RENTETAN daripada insiden samun melibatkan Akhyar Rashid dan kejadian simbah asid Faisal Halim, sudah tiba masanya untuk pemain bola sepak di negara ini mempunyai pengawal peribadi.

Itulah yang disarankan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas melihat kejadian malang melibatkan dua bintang Harimau Malaya itu.

Menurut Hamidin, dia mengatakan tindakan mengupah pengawal peribadi itu adalah satu perkara digalakkan.

BACA LAGI: Sasar pemain dan pengurusan, ada yang mahu jatuhkan kem Selangor?

2678304

Faisal Halim melecur tahap empat. — Facebook

BACA LAGI: Tak lupa kawan lama, bekas import Sri Pahang doakan Faisal Halim

“Kalau ikut dekat luar negara (pemain) ada pengawal peribadi, tapi hanya pemain yang mampu sahaja boleh buat. Tak salah kalau dia (pemain) mampu terutama pemain bintang.

“Itu salah satu idea bagus untuk melindungi dia, kerana benda ini banyak mengenai peribadi. FAM takkan boleh pantau dia sampai ke mana pun,” kata Hamidin memetik Berita Harian.

Disebabkan perkara ini, Hamidin mengatakan aspek keselamatan bagi kesemua pemain Harimau Malaya akan ditingkatkan terutamanya sewaktu kem latihan pusat.

Dengan nasib Malaysia masih tergantung dalam misi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, segala gangguan luar perlu ditegah bagi mengelakkan skuad negara daripada terganggu.

“Saya sudah bagi tahu pegawai FAM yang mana kita nak ketatkan keselamatan pasukan kebangsaan apabila semasa kem skuad kebangsaan terutama di hotel,” jelasnya.

Faisal dilaporkan menjalani pembedahan selama empat jam dan dilaporkan mengalami melecur tahap empat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram