GANDINGAN bekas pemain Terengganu FC berjaya membantu Kuching City memperoleh pendahuluan selesa bertemu Sri Pahang dalam aksi Liga Super pada Ahad.
Dalam aksi yang diadakan di Stadium Negeri, Kuching, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menampilkan persembahan baik dengan mengambil peluang yang ada untuk mendahului di separuh masa pertama.
Kuching City berjaya mendahului menerusi jaringan Tcheche Kipre pada minit ke-19 apabila dia menyudahkan percubaan dari James Okwousa.
BACA LAGI: Ex-Kedah, PDRM legakan Aidil Sharin persiap Kuching City
BACA LAGI: Azam Azih, duo 'ex' JDT patut dalam senarai Fandi Ahmad lawan Kuching City
Mintah meraikan gol kedua Kuching City. — MFL
Penyerang dari Ivory Coast itu kemudiannya menjaringkan gol dari sudut sukar untuk menewaskan Zarif Irfan di pintu gol.
Skuad Tok Gajah agak perlahan dalam mencari jaringan dengan pemain seperti Manuel Hidalgo serta Kuvondik Ruziev gagal mengancam pintu gol Kuching.
Kedudukan semakin selesa buat The Cats apabila mereka berjaya mendahului pada masa kecederaan apabila Jordan Mintah dengan mudah menanduk masuk bola hantaran lintang untuk gol kedua tuan rumah.
Tandukan yang dilakukan itu cukup tajam hinggakan ia sukar untuk dihalang oleh Zarif daripada ia melintasi garisan gol.
Di separuh masa kedua, Sri Pahang meningkatkan serangan mereka dan nyata persembahan berbeza ditampilkan oleh skuad Fandi Ahmad.
Hidalgo memastikan kejayaan Sri Pahang mengikat Kuching selepas gol kedua Stefano Brundo dibatalkan. — MFL
Serangan demi serang yang ditampilkan berjaya membuatkan Sri Pahang berjaya mengurangkan jurang apabila Adam Nor Azlin menanduk masuk hantaran sepakan percuma Manuel Hidalgo pada minit ke-63.
Tidak lama itu, Sri Pahang berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik oleh Stefano Brundo, namun gol itu dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati Baiquddin Shamsudin berada dalam kedudukan ofsaid sewaktu gerakan dilakukan.
Namun begitu, Sri Pahang berjaya mendapatkan jaringan yang diharapkan apabila Hidalgo menyamakan kedudukan pada minit ke-77.
Kedua-dua kelab cuba mendapatkan jaringan kemenangan namun ia tidak hadir dengan Kuching dan Sri Pahang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram