Bagaikan 'ambil kesempatan' perubahan peraturan ACLE, JDT rekrut 'kereta kebal' Korea Selatan


  • Podium
  • Selasa, 28 Mei 2024

Park Jun-heong akan sertai JDT selepas kontraknya bersama Ratchaburi tamat.

KELAB Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menjadi wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dilaporkan akan membawa pemain baharu bagi menguatkan skuad mereka.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu dilaporkan akan membawa pemain dari Korea Selatan iaitu Park Jun-heong yang beraksi di kelab Thailand, Ratchaburi FC.

Pemain berketinggian 1.92 meter itu merupakan seorang pertahanan tengah yang juga boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder).

BACA LAGI: 'Dia ada apa JDT perlukan', import baharu Harimau Selatan dilabel pengganti Leandro

BACA LAGI: JDT mungkin kempunan lagi, 2 kelab Eropah berebut khidmat Dion Cools

Menurut pemerhati sukan Thailand, Offeris Wichitchote, Park akan menyertai JDT selepas kontraknya bersama-sama Ratchaburi tamat pada 30 Jun 2024.

Ini bermakna, pemain berusia 31 tahun itu akan menyertai Harimau Selatan sedikit lewat kerana liga sudah pun berjalan dan tarikh pendaftaran pemain turut telah berakhir.

Akan tetapi, Park tidak akan didaftarkan sebagai pemain Liga Super untuk JDT. Sebaliknya, kehadiran pertahanan tersebut hanya digunakan oleh Harimau Selatan untuk diturunkan kepada aksi ACLE yang bermula pada Ogos ini.

Hal ini kerana, terdapat khabar angin mengatakan yang pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ingin menghapuskan kuota bagi pemain luar bermula saingan 2024/2025.

Dengan perkembangan tersebut, JDT mengambil kesempatan dengan membawa lebih pemain luar untuk menguatkan skuad walaupun tidak boleh digunakan dalam saingan domestik.

Situasi itu pernah terjadi dahulu sewaktu Liga Malaysia mengamalkan had pemain import sebanyak dua orang. Ketika itu, kelab seperti Selangor FC dan Kelantan FC dibenarkan mengambil lagi dua pemain import tambahan untuk penyertaan mereka di Piala AFC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram