PEMAIN amatur golf wanita kini berpeluang untuk memenangi Berlian Hemera 1.0 karat menerusi Kejohanan Golf Wanita Poh Kong Siri 2 yang akan berlangsung pada Julai dan Oktober depan.
Kejohanan dua pusingan kali ini yang dianjurkan Poh Kong bersama Piagam Wanita dalam Golf (WIGC) Persatuan Golf Malaysia (MGA), turut menawarkan hadiah baucar tunai bernilai RM18,888 bagi empat cabaran Hole in One.
Poh Kong Berlian Henera 1.0 karat pula boleh dimenangi menerusi satu daripada cabaran Hole in One di Par 3 yang dipertandingkan.
BACA LAGI: Isu surat layang: FAM sahkan siasatan SPRM tak dilanjutkan, akan tubuhkan jawatankuasa dalaman
BACA LAGI: Perak dipetik lawan Harimau Malaya, JDT dan TFC patut jadi 'sparring partner'
Tahun ini, Kejohanan Golf Wanita Poh Kong Siri 2 menjanjikan cabaran yang lebih menarik apabila tiga kategori akan dipertandingkan iaitu Medal A, Medal B dan Medal C.
Setiap kategori akan menawarkan 10 hadiah lumayan untuk dimenangi peserta.
Tambahan lagi, Poh Kong juga memperkenalkan Trofi Cabaran untuk juara keseluruhan bagi setiap pusingan, masing-masing akan diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club pada 3 Julai 2024 dan Horizon Hills Golf & Country Club, Johor Bharu pada 15 Oktober 2024.
Malah Poh Kong menyasarkan kira-kira 120 pemain golf wanita berbakat akan bersaing dalam kejohanan yang memasuki edisi kedua selepas penganjuran kali pertama pada tahun lalu.
Bagi menghangatkan persaingan serantau, penyertaan turut dibuka kepada ahli WIGC Persatuan Golf Wanita Singapura (SLGA), sekali gus membuka ruang untuk kerjasama antara dua pihak dalam sukan golf.
Pengurus Pemasaran Poh Kong, Elizabeth Choon berkata, kerjasama dengan WIGC MGA bukan setakat di lapangan golf, tetapi melangkaui ke arah memupuk komitmen dalam kalangan masyarakat dan memperkasakan semangat perpaduan.
"Sebagai syarikat barang kemas terulung di Malaysia, setiap hasil kerja kami demi meraikan kekuatan dan kecantikan wanita.
"Secara bersama, kami menetapkan standard baharu untuk menyokong dan meningkatkan wanita dalam setiap bidang yang diceburi," katanya ketika majlis pelancaran kejohanan itu di KLGCC baru-baru ini.
Trofi yang menjadi rebutan peserta Kejohanan Golf Wanita Poh Kong Siri 2.
Sementara itu, Pengerusi WIGC, Datuk Merina Gan berkata, pihaknya teruja dengan kejohanan kali kedua anjuran Poh Kong itu.
"Kerjasama dengan Poh Kong dan penaja yang lain adalah bukti komitmen kami untuk mengangkat martabat golg wanita di Malaysia dan lebih jauh lagi," katanya.
Sebagai meneruskan tradisi terdahulu, Poh Kong akan mendermakan RM10,000 bagi setiap pusingan kepada badan kebajikan tempatan sebagai usaha menjaga kebajikan masyarakat demi menghasilkan impak yang positif.
Antara penaja lain termasuk, Crestlink (M) Sdn Bhd, Hainan Golfing Holidays Travel Co. Ltd, Zus Coffee, Posture Align, Beacon Hospital,Avene, Big Shot, Delay No More, Horizon Hills Golf & Country Club, Kota Permai Golf & Country Club, Impian Golf & Country Club dan Senibong Golf Club. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram