KELAB Golf Diraja Selangor (RSGC) Kuala Lumpur meneruskan tradisi sebagai medan penguji dan pencungkil bakat muda golf negara apabila menanjurkan Kejohanan Golf Undangan Remaja RSGC-SportExcel (JIGC) ke-9 yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Mei 2024.
Dengan kerjasama berterusan bersama Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) buat tahun kedua, acara ini dijangka memperlihatkan pemain golf amatur remaja terbaik dari Malaysia dan serantau.
Pada Jun tahun lalu, RSGC buat julung kalinya berkolaborasi dengan SportExcel untuk menganjurkan Kejohanan Golf Jemputan Remaja RSGC-SportExcel Ke-8.
BACA LAGI: 'Ref botak is back', bakal kendalikan VAR Liga Super?
BACA LAGI: Bukan masa sesuai ganti KJ sebagai Presiden FAM — Pekan Ramli
Bagi memastikan program pembangunan tidak ketandusan, JIGC juga menjadi platform terbaik dan mercu tanda untuk bakat muda apabila menarik penyertaan dari seluruh Asia dan pelbagai negara ASEAN.
Tahun ini, jumlah penyertaan dijangka mencecah kira-kira 90 pemain golf remaja berbakat.
Di antara mereka adalah 19 Pemain Remaja Kebangsaan dari program Pembangunan Remaja MGA, dengan 6 pemain yang mengungguli tempat di Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).
Kejohanan kali ini juga dijangka sengit dengan peserta-peserta dari Australia, Britain, India, Indonesia, Korea, dan tentunya Malaysia.
Misi SportExcel untuk mendorong kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik sehaluan dengan komitmen RSGC untuk melahirkan generasi pemain-pemain muda yang bakal menerajui kejuaraan golf di rantau asia dan dunia.
Kira-kira 90 pemain muda dari seluruh dunia akan berentap pada kejohanan JIGC kali ini di RSGC.
Melalui kerjasama ini, RSGC sangat berbesar hati untuk menerima pemain-pemain Remaja Golf Elit Malaysia di dalam kohananan yang beprestij ini.
Peralihan dari kejohanan terbuka remaja kepada acara undangan adalah komitmen kami untuk menyediakan platform kepada pemain remaja elit dan memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kehebatan mereka di RSGC sebuah kelab golf paling brestij dan tertua di Malaysia.
Jemputan telah diperluaskan kepada pemain elit SportExcel, juara negeri dan kelab, serta pemain teratas serantau, dengan menumpukan kepada pemain amatur remaja (lelaki dan perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah) dengan handicap USGA yang mengagumkan.
Kejuaraan tiga hari ini tidak hanya menarik beberapa golfer muda paling berbakat dalam sukan ini tetapi juga berfungsi sebagai Counting Events di dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR), menekankan kepentingannya dalam komuniti golf global.
Ezani Datuk Abu Bakar, Pengerusi Golf RSGC dan Pengerusi Penganjur JIGC ke-9 2024, turut melahirkan kegembiraan tentang kejohanan tahun ini.
"Ia memberi kami kegembiraan yang besar untuk sekali lagi menyambut rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan serantau untuk edisi kesembilan Kejohanan Golf Undangan Remaja RSGC-SportExcel 2024.
"Ini adalah tahun ke-9 kejohanan tahunan dan adalah satu-satunya acara khas untuk kami kerana ini adalah kolaborasi kedua kami dengan SportExcel, badan rasmi yang menyokong dan mempromosikan golf remaja di Malaysia," katanya.
Pemain golf remaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kejohanan tersebut boleh melawat ke laman web: http://jao.thersgc.com/.
Penyertaan ditutup pada hari Jumaat, 3 Mei 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram