Masuk edisi ke-8, BAAO 2024 laku macam pisang goreng panas


  • Podium
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Samsudin berucap ketika majlis perasmian kejohanan BAAO 2024 di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. — Majoriti/NAZREEN IZAHAR

KEJOHANAN Golf Asean Terbuka Bridgestone (BAAO) kembali lagi untuk edisi 2024 dengan 10 lokasi bakal diadakan di serata Malaysia.

Dengan jelajah bermula pada 2 Jun, BAAO akan bermula di IOI Palm Villa Golf & Country Resort dengan sasaran 120 peserta akan menyertainya.

Selepas Johor, kejohanan akan diadakan lokasi-lokasi lain iaitu Perak, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah.

BACA LAGI: RSGC-SportExcel makin rancak kembang bakat muda golf, anjur JIGC ke-9

BACA LAGI: Keindahan panorama alam beri ketenangan buat pemain golf

285309647_1169320033641106_424435305110719571_n

BAAO akan dianjurkan buat kali kelapan pada 2024.

Pengerusi BAAO 2024, Datuk Samsudin Ismail berkata, reputasi dan prestij kejohanan ini membuatkan ramai ingin menyertainya setiap kali dianjurkan.

Katanya, kejohanan ini dianggap sebagai medan mengumpul seramai boleh pemain golf amatur dari seluruh negara dan sekitarnya seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

"Jelajah pertama akan diadakan pada 2 Jun di Johor dan setakat ini sudah 100 orang sudah mendaftar untuk menyertainya.

"Had penyertaan bagi setiap jelajah adalah seramai 120 peserta jadi dalam beberapa hari lagi pasti kita dapat capai sasaran jumlah penyertaan.

"Kami menjangkakan slot itu akan penuh di setiap jelajah seperti pada tahun-tahun lepas," kata Samsudin kepada Majoriti.

Samsudin mengatakan had penyertaan bagi setiap jelajah adalah 120 peserta. Oleh itu, ia akan mengumpulkan jumlah keseluruhan 1,200 pemain pada BAAO edisi 2024.

Selain itu, Samsudin turut mengatakan selain prestij, BAAO turut dikenali kerana cenderamata yang diterima oleh setiap peserta setiap kali menyertainya.

"Kejohanan ini memang popular dalam kalangan pemain golf, bila sebut kejohanan Bridgestone, perkara pertama yang dilihat mereka adalah cenderamata yang diberikan kepada peserta.

"Selain daripada hadiah kemenangan dalam sekitar RM30,000 menanti peserta, mereka memang tertarik dengan goodies yang bakal diterima mereka," ujar Samsudin.

Goodies yang diterima peserta pada edisi kali ini adalah set bola golf premium keluaran Bridgestone selain daripada barang-barang lain.

Selain Malaysia, kejohanan yang telah memasuki edisi kelapan ini turut akan diadakan di negara-negara seperti Singapura, Brunei, Vietnam dan India. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram