TROPICANA Corporation Berhad (Tropicana) dan badan amalnya, Yayasan Tropicana komited membantu golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri pada 2024.
Melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Tropicana melalui program Santapan 29 Malam telah menyantuni 107 kanak-kanak kurang bernasib baik di Tropicana Golf & Country Resort.
Syarikat gergasi tersebut turut bekerjasama dengan 400 ahli komuniti di Tropicana Gardens Mall sekali gus membuktikan kesungguhan mereka dalam memberi impak positif di seluruh Malaysia.
Pada masa sama, pasukan Pemasaran dan Jualan dari Tropicana (M&S) turut bekerjasama dengan Yayasan Tropicana untuk melaksanakan 11 siri program sosial CSR.
Program tersebut turut mendapat kerjasama dari Tropicana Alam, Tropicana Aman, Tropicana Metropark, Tropicana Gardens, Tropicana Cenang, Tropicana Danga Cove, Tropicana Danga Bay dan Tropicana Uplands yang melibatkan 8,724 ahli komuniti yang terdiri daripada orang awam, warga emas dan anak-anak yatim.
BACA LAGI : Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu
BACA LAGI : 'Kenapa Syawal esok bukan Khamis', ada jawapan rupanya Malaysia, Arab Saudi raya serentak
Mereka juga diberi tanggungjawab untuk menyampaikan barangan runcit, kurma, bubur lambuk dan kotak bento yang diatur khas dari De.Wan oleh Chef Wan dan katerer lain kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Pengarah Urusan Jabatan Pemasaran & Jualan Tropicana, Ixora Ang berkata, program CSR tersebut adalah cara mereka berkongsi kegembiraan bersama masyarakat.
“Menepati semangat memberi dan berkongsi semasa bulan suci Ramadan, kami sangat gembira dapat menyebarkan kegembiraan kepada masyarakat dan orang awam.
"Kami percaya setiap sumbangan, besar atau kecil, adalah penting dan kami akan sentiasa berkongsi dengan memberi kepada mereka yang memerlukan.
"Selaras dengan tema Raya 'Ikatan Merentasi Generasi' kami tahun ini, pasukan kami menyantuni orang muda dan tua pada musim perayaan ini. Tahniah atas kesungguhan dan kerja keras mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Sejak penubuhannya pada 2011, Yayasan Tropicana telah menyumbang lebih daripada RM26 juta kepada pelbagai badan amal di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Yayasan Tropicana di www.tropicanacorp.com.my atau tonton video di www.youtube.com/@TropicanacorpMy — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram