[VIDEO] Bukan sebab pro-Israel, mungkin Guardiola enggan bersalaman kerana sokong Arsenal


  • Podium
  • Isnin, 27 Mei 2024

Tangkap layar memaparkan Guardiola enggan berjabat tangan dengan Alan Smith hingga menjadi bualan ramai.

SATU rakaman tular menunjukkan tindakan pengurus terkenal dari Sepanyol, Pep Guardiola yang enggan berjabat tangan dengan bekas pengendali Crystal Palace, Alan Smith meraih perhatian warga maya.

Video berdurasi yang dikongsikan di laman X (Twitter) pada Isnin itu bukan sekadar dibincangkan masyarakat tempatan, malah menjadi buah mulut masyarakat dunia.

Berdasarkan rakaman tersebut, Guardiola dipercayai dengan sengaja mengelak daripada bersalaman dengan Alan yang dikatakan pro-Israel.

BACA LAGI: Lebih 2 orang samun Akhyar Rashid — Polis

BACA LAGI: Isu 'kuasa' pilih pengetua dapat perhatian KPM, NUTP akui keperluan lantikan di SBP lebih tinggi

Sedangkan dalam video tersebut, Guardiola secara bersahaja berjabat tangan dengan semua individu lain yang berada di situ.

Bagaimanapun, video tersebut sebenarnya hanyalah salah faham dan ia langsung tiada kaitan dengan konflik melibatkan Palestin dan Zionis Israel.

Malah, kejadian itu dilaporkan berlaku ketika sambutan meraikan gelaran naib juara yang diperoleh Manchester City dalam Kejuaraan Liga Perdana pada 6 Ogos 2023, selepas ditewaskan oleh Arsenal menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley, London.

Sementara itu, Alan menerusi ruangan komen di laman X miliknya secara santai mengulas mengenai kejadian berkenaan kepada peminat yang bertanya.

Katanya, ada kemungkinan bahawa Guardiola menyangka dirinya merupakan penyokong Arsenal, yang menjadi pencabar Manchester City dalam Kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

"Hmm...saya tidak pasti, dia tidak (nampak) tergesa-gesa pun kan? Dia seperti tidak gembira, mungkin dia fikir saya menyokong Arsenal?" katanya.

Untuk rekod, Guardiola dan anak perempuannya, Maria Guardiola merupakan antara susuk yang lantang dalam menyuarakan isu-isu keganasan dunia khususnya melibatkan kejadian yang berlaku di Palestin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram