[VIDEO] Polis kesan fans NFSC buat kecoh, rosakkan pagar besi Stadium MBPJ


  • 112
  • Selasa, 28 Mei 2024

Pintu pagar besi Stadium MBPJ yang rosak ketika kejadian pada Ahad. — Facebook

POLIS sedang mengesan beberapa individu terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor selepas tamatnya perlawanan Liga Super musim 2024/2025 pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya telah mengesan dua video tular di media sosial pada 10.15 pagi Isnin berhubung kejadian tersebut yang menyebabkan kerosakkan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan.

BACA LAGI: Nasib Martial, Ten Hag bersama Man United akhirnya terjawab

BACA LAGI: 'Perform di pramusim', bintang Selangor, Terengganu, JDT 'belum panas enjin' dalam Liga Super

"Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya ditalian 03-79662222," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, telah dibuka dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan individu terbabit.

Difahamkan, kekecohan itu melibatkan penyokong Negeri Sembilan FC ketika pertemuan dengan Selangor FC dalam aksi Liga Super pada Ahad.

Dipercayai, penyokong terbabit tidak dapat menahan sabar gara-gara pintu pagar stadium belum dibuka sebaik perlawanan tamat. Selangor FC menang 4-0 dalam pertemuan itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram