Ronnie, Reziq akhirnya buka akaun jaringan, Gergasi Merah mengamuk benam skuad Jang


  • Podium
  • Ahad, 26 Mei 2024

Skuad Gergasi Merah sudah tentu mahu mendapatkan dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Super. — Facebook/Selangor FC

SKUAD Gergasi Merah meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Super 2024/25 selepas menundukkan Negeri Sembilan FC di laman sendiri pada Ahad.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Selangor FC memecahkan kebuntuan menerusi gol Ronnie Fernandez pada minit ke-57 dengan ia juga merupakan gol pertama buat kelab itu.

10 minit berselang, skuad kendalian Nidzam Jamil menjarakkan kedudukan apabila Noor al-Rawabdeh menggandakan kedudukan dengan satu penyudah berkualiti.

BACA LAGI: Ramadhan vs Haziq, The Bos Gaurus raih keuntungan

BACA LAGI: Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City dan JDT

444212980_967212282077167_2139183212644949962_n

Tiga mata direkodkan skuad Gergasi Merah di Stadium MBPJ, Selangor. Facebook/Selangor FC

Malam sempurna buat pasukan itu diteruskan dengan dua lagi pemain import, Yohandry Orozco dan Reziq Bani Hani turut membuka akaun jaringan masing-masing.

Sumbangan daripada kesemua pemain berkenaan, terutamanya Reziq dan Ronnie sudah tentu cukup membanggakan penyokong yang terus teruja akan kehadiran mereka.

Skuad Jang pastinya kecewa akan kekalahan berkenaan memandangkan aksi cukup baik dipamerkan, terutamanya daripada penyerang sayap, Takumi Sasaki sepanjang 90 minit permainan.

Bagaimanapun, serangan demi serangan dilancarkan membolehkan kemenangan diraih skuad Gergasi Merah sementara Negeri Sembilan FC kini sudah mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Bagi Selangor FC pula, tiga mata dikutip di Stadium MBPJ, Selangor sekali gus meletakkan mereka di tangga keempat dengan tiga mata dibezakan berbanding pendahulu, Johor Darul Ta'zim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram