Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City dan JDT


  • 112
  • Ahad, 26 Mei 2024

Polis Daerah Cheras mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras.

POLIS Daerah Cheras sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, kekecohan itu dikesan dalam satu klip video berdurasi empat minit 42 saat di aplikasi YouTube yang dimuat naik pemilik akaun 'Fr7 Reborn'.

"Hasil semakan mendapati sekumpulan penyokong yang keluar dari stadium membaling objek dan mercun di luar stadium.

BACA LAGI: [VIDEO] Elektrik putus tiba-tiba lepas mengaji, lebih 30 murid perempuan kena histeria

BACA LAGI: [VIDEO] Rakan konvoi rakam detik penunggang 'superbike' terpelanting rempuh belakang kereta di lebuh raya

"Pihak polis juga telah menerima satu laporan berhubung kejadian pecah cermin kereta daripada seorang lelaki dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, Polis Daerah Cheras menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

"Sekiranya mempunyai maklumat berhubung suspek dan kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram