Muncul jadi MOTM, penyokong Harimau Kumbang ‘request’ Penang FC tebus kontrak import pinjaman Selangor


  • Podium
  • Ahad, 26 Mei 2024

Richmond dinobatkan sebagai MOTM kerana mempamerkan aksi yang positif sepanjang 90 minit perlawanan menentang PDRM FC pada Sabtu. — Penang FC

PENANG FC sekali lagi mencatatkan keputusan seri kali ketiga berturut-turut selepas bangkit mengikat PDRM FC 1-1 di halaman lawan, Stadium Selayang, Selangor hasil jaringan Rodrigo Dias pada Sabtu.

Sebelum ini, Penang berjaya mengikat pasukan yang lebih kuat iaitu Sabah FC dan Terengganu FC tanpa sebarang jaringan gol.

Dalam tiga perlawanan berturut-turut tembok pertahanan Harimau Kumbang dilihat sukar dibolosi selepas pengendali Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli meletakkan dua pemain import di bahagian itu.

BACA LAGI: Pertembungan '2 vs 2' bintang tumpuan jadi penarik aksi The Jangs-Gergasi Merah

BACA LAGI: 'Syafiq in, Arif Aiman out', Pan-gon pertaruh semangat Utara lawan Republik Kyrgyz, Chinese Taipei

Antara pemain yang menarik perhatian penyokong Penang bukanlah Rafael Vitor, tetapi import pinjaman dari Selangor FC, Richmond Ankrah yang sangat tenang apabila menerima tekanan daripada pihak lawan.

Penyokong Harimau Kumbang turut menyeru pihak pengurusan menebus kontrak Richmond yang dipinjamkan dari Gergasi Merah untuk musim 2024/25.

“Paling padu, tebus kontrak pun berbaloi dia (Richmond) dengan Vitor (Rafael) dekat bawah tak risau sangat,” kata Myrul Azie.

“Agak-agak berapa harga untuk tebus kontrak dia (Richmond)?” soal Fikri Hafiz.

“Kalau dia (Richmond) tak ada, mesti Vitor dah mengamuk sebab setiap game (perlawanan) banyak ‘cover up’ (tutup kesilapan). Mahu beli terus selepas ini,” luah Yusnizam Yunz.

Untuk info, dalam perlawanan menentang PDRM pada Sabtu, Richmond telah diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan (MOTM) sekali gus mendapat pujian dan reaksi positif daripada pemain ke-12 Harimau Kumbang.

Richmond sebelum ini lebih banyak beraksi bersama Selangor II dalam Piala MFL selepas sukar merebut kesebelasan utama pasukan yang dibarisi pemain import lebih senior seperti Yazan Al-Arab dan Safuwan Baharudin.

Bagi pandangan penulis, agak sukar untuk Selangor melepas Richmond memandangkan pemain itu mungkin menjadi pengganti masa jangka panjang Safuwan yang semakin lanjut usia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram