Rejaman kejam, winning mentaliti Malaysia malukan Thailand di Piala Dunia


  • Podium
  • Rabu, 22 Mei 2024

Aksi sengit dipamerkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir beregu yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

MALAYSIA terus mencipta kejutan apabila muncul juara bagi acara double dan regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menundukkan Thailand dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan pada Rabu.

Mempertaruhkan trio negara yang dibarisi Mohammad Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias, nampaknya regu itu tidak berdepan masalah untuk memberi cabaran kepada gergasi takraw dunia, Thailand selepas mudah meraih kemenangan 15-8 pada set pertama.

Mendapat sokongan padu ribuan peminat yang membanjiri Stadium Titiwangsa jelas menyemarakkan api perjuangan skuad regu negara untuk bersedia bergelar juara dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

BACA LAGI: [VIDEO] Malaysia jumpa Thailand di final Piala Dunia Sepak Takraw

BACA LAGI: [VIDEO] Duo Aidil-Aizat julang Piala Dunia, ultras Malaysia punca tekong Thailand 'koyak' terduduk di Titiwangsa

Bersambung set kedua, saingan regu menyaksikan trio negara mengekalkan momentum cemerlang untuk terus memberikan tekanan kepada Thailand pada ketika lawan mereka memerlukan kemenangan untuk mengheret aksi ke set ketiga.

Persembahan bertenaga yang dipamerkan regu tanah air akhirnya memastikan skuad negara berjaya meraih kemenangan bersejarah 15-12

Di bawah kepercayaan Ketua Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun, skuad negara mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara sepak takraw dunia bagi acara double dan regu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram