Selesai 4 siri pembedahan, Masyitah masih di ICU, hitung hari jalani pembedahan plastik


  • Massa
  • Rabu, 22 Mei 2024

Masyitah (kanan) cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Lebuhraya EDL, Johor pada Sabtu.

ATLET kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah, 22, yang parah selepas terlibat kemalangan baru-baru ini telah menjalani beberapa pembedahan termasuk di bahagian bahu dan tulang pelvis.

Menurut abangnya, Muhammad Syafiq Md Elias, 29, Masyitah sebelum ini selamat menjalani empat pembedahan termasuk menutup luka di belakang badan di Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri, Johor.

BACA LAGI: ‘True finisher’, Jordi Amat, Adam Nor Azlin tersenarai 4 bek kental cipta nama lebih awal di Liga Super 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Fazly Mazlan sebak, cium baju Faisal Halim sebelum lawan Kedah

Tambahnya, Siti Nurul Masyitah atau manja dengan panggilan Uda bakal menjalani beberapa pembedahan lagi dalam tempoh terdekat di Hospital Columbia Asia dan berharap kesemuanya berjalan lancar.

“Pembedahan plastik masih belum dijalankan dan Uda kini masih lagi menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. Setakat ini semua keperluan Uda mencukupi, dan harapnya proses pemulihan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, media melaporkan pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) itu terlibat kemalangan di Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada 11 Mei lalu.

Kemalangan itu berlaku selepas anak kelima daripada lapan beradik itu dirempuh pemandu mabuk dan diseret sejauh kira-kira 100 meter.

Helmet

Keadaan helmet Masyitah selepas dirempuh pemandu mabuk dan diseret sejauh kira-kira 100 meter.

Masyitah mula berjinak dalam sukan pelayaran itu seawal usia 14 tahun, tahun lepas beliau mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa Sukan SEA Kemboja dan menyumbangkan empat Emas di Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Masyitah juga merupakan Atlet Kayat Dragon Boat Malaysia Bronze Medal SEA Games 2023.

Berdasarkan hantaran yang tular dalam media sosial, dapat dilihat beberapa keping gambar ketika kemalangan dikongsi termasuk foto lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat 'peace'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram