Bintang Kijang Emas, Nazmi Faiz boleh jadi pengganti Faisal Halim bantu Malaysia ke Piala Asia 2027


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Fazrul berpotensi dipanggil ke skuad Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Piala Dunia pada Jun. — Kelantan Darul Naim FC

SKUAD Harimau Malaya dijangka 'tempang' ketika turun beraksi menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei pada baki perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jun.

Hal ini disebabkan Malaysia kehilangan dua pemain sayap lincah iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim disebabkan kecederaan dihadapi mereka akibat disamun dan disimbah asid.

Akhyar mungkin boleh kembali, tapi Faisal pasti tidak dapat dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk dua aksi penting tersebut.

BACA LAGI: Perlu masa 3 hingga 6 bulan sebelum kembali turun padang, nasib Faisal Halim diketahui Khamis

BACA LAGI: Sebelum keluar hospital, Borussia Dortmund doa kesembuhan Faisal Halim

441712346_892415282898127_6711782065349574335_n

Fazrul Amir boleh dipanggil ke Harimau Malaya. — Kelantan Darul Naim FC

Perkara itu menimbulkan persoalan, siapakah bakal menggantikan Faisal dalam misi penting Malaysia untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia?

Mungkin, jawapan itu telah pun ditemui dan ia 'tersembunyi' di Pantai Timur bersama-sama Kelantan Darul Naim (KDN) FC.

Nama Fazrul Amir mungkin boleh dijadikan pilihan untuk Pan-gon panggil pada aksi kelayakan Jun ini sebagai salah satu daripada percubaan berani selepas ketiadaan Faisal.

Beraksi di posisi sama seperti Faisal, Fazrul yang merupakan bekas pemain Kelantan FC beraksi sebanyak dua kali buat Sang Kijang Emas dalam Liga Super sebagai kesebelasan utama.

Mempunyai kelajuan yang baik, bakat Fazrul pastinya sudah dipandang Pan-gon selepas jurulatih itu turun ke Temerloh untuk menyaksikan aksi KDN menentang Sri Pahang FC pada perlawanan pertama liga.

Selain Fazrul, satu lagi nama yang boleh dipanggil Pan-gon untuk menguatkan jentera tengah adalah bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor.

Nazmi yang mencipta kejutan apabila diletakkan sebagai kesebelasan utama sewaktu berdepan Negeri Sembilan FC, berpotensi untuk kembali merebut tempat dalam Harimau Malaya.

Dengan dia sendiri sudah berpengalaman beraksi di peringkat antarabangsa, tidak terkejut kalau Nazmi dipanggil bagi membantu Harimau Malaya kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram