MASA depan buat gergasi Liga Super, Kedah Darul Aman FC kelihatan begitu samar apabila status kewangan kelab kelihatan tidak begitu menyakinkan.
Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik kelab, Tan Sri Mohd Daud Bakar yang memberi bayangan kelab itu bakal sekali lagi terperangkap dalam isu wang kerana ketiadaan penaja utama.
Daud berkata kepada Majoriti yang Sang Kenari mungkin mampu bertahan selama sebulan dua sahaja kerana ketiadaan penaja.
BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan
BACA LAGI: Nombor 77 untuk 7, Gergasi Merah puas jaringan 'siuuuu' bergema kecewakan Kedah
"Jika tiada penaja utama dalam masa terdekat, ia akan menjadi sukar kepada KDA FC untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Super.
"Ketika ini, kewangan yang ada sekarang boleh bertahan satu atau dua bulan sahaja," katanya.
Situasi itu nyata menimbulkan persoalan buat para pemain, apakah nasib mereka? Adakah mereka bakal berdepan satu lagi detik sukar ketiadaan gaji disebabkan hal ini?
Bagaimana pula dengan nasib penyerang pinjaman, Syafiq Ahmad? Pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu pada mulanya mampu memainkan watak penting dalam misi skuad Kenari mencapai kejayaan musim ini.
Syafiq mencuri tumpuan menerusi jaringan gol terpantas Liga Super seawal 34 saat pada aksi pertama berdepan PDRM FC.
Enjinya pun sudah dipanaskan. Buktinya apabila Syafiq mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol terpantas Liga Super seawal 34 saat pada aksi pertama berdepan PDRM FC.
Tetapi dengan perkhabaran tidak enak ini, adakah masa Syafiq bersama pasukan Hijau Kuning akan berakhir secara pramatang untuk kali kedua? Adakah akhirnya dia akan balik semula kepada JDT pada pertengahan musim?
Skrip itu kita dapat lihat sewaktu dia dipinjamkan pada 2022 apabila Syafiq dipanggil semula oleh JDT pada pertengahan musim. Namun, ia kerana prestasinya kembali meningkat dan dia dipanggil supaya Harimau Selatan boleh menggunakannya.
Syafiq sebelum ini pernah dipinjamkan ke Kedah, namun dipanggil semula ke JDT pada pertengahan musim 2022.
Tapi sekarang ceritanya berbeza, sudah pasti skuad Harimau Selatan sedang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Jika benar Kedah mengalami masalah, mungkin Syafiq akan dipanggil pulang semula.
Jika ini berlaku, ia adalah satu tamparan hebat buat Kedah. Untuk mengelakkan ia daripada berlaku, Daud dan pengurusan kelab perlu bekerja lebih keras untuk memastikan Sang Kenari dapat diselamatkan.
Atau pun, sudah tiba masa depan untuk penyokong Kedah bangkit dan menyelamatkan kelab. Waktu ini, kesetiaan mereka diuji pada tahap tertinggi.
Jika mereka benar-benar sayangkan kelab, penyokong perlu tampil ke depan bantu semampu mereka untuk memastikan Sang Kenari terus 'hidup' sekurang-kurangnya hingga tamat musim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram