Perlu masa 3 hingga 6 bulan sebelum kembali turun padang, nasib Faisal Halim diketahui Khamis


  • Podium
  • Rabu, 22 Mei 2024

Tempoh pemulihan Faisal dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum dia boleh turun kembali beraksi bersama Selangor FC.

TONGGAK utama Harimau Malaya, Faisal Halim dijangka memerlukan masa antara tiga hingga enam bulan proses pemulihan sebelum dapat kembali turun padang dan menyertai Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Memetik laporan Kosmo Online, beliau berkata, rawatan Faisal di hospital sudah berada pada fasa akhir dengan barisan doktor pakar akan melakukan pemantauan bagi menentukan waktu pemain tersebut dibenarkan keluar dari hospital.

BACA LAGI: Selain bekas Pengerusi Bersih, ada 4 nama dicadang isi kekosongan jawatan Pengerusi SPR

BACA LAGI: Dua reformasi pilihan raya lebih mendesak berbanding isu pelantikan ahli, Pengerusi SPR

“Pembedahan keempat makan masa lama sikit sehingga enam jam di mana prosedur ‘skin grafting’ dijalankan. Kulit diambil dari beberapa bahagian badan Faisal dan ditampal pada lengan kiri serta badannya.

“Alhamdulillah prosedur berjalan lancar dan ini pun rezeki Faisal. Apa yang berlaku selepas ini, dokor pakar akan pantau Faisal. Tidak salah saya, esok dia akan dinilai dan daripada situ kita tahu bila Faisal akan keluar.

“Mungkin ada yang tanya berapa lama Mickey (Faisal) boleh turun ke padang. Saya difahamkan kemungkinan besar tiga hingga ke enam bulan. Ini yang diberitahu kepada saya, cuma harapannya lagi cepat lagi bagus,” katanya.

2687795

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sebelum ini, Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair memaklumkan pembedahan keempat itu dijangka menjadi prosedur terakhir, dengan keputusan terakhir mengenai lanjutan rawatan akan ditentukan oleh pakar yang merawat Faisal.

Faisal kini sudah berada di hospital selama hampir tiga minggu untuk menerima rawatan.

Dalam proses tersebut, Dr Muhammad Hazwan Selangor FC turut bekerjasama dengan hospital, Institut Sukan Negara (ISN) dan pihak fisioterapi untuk lihat program buat Faisal.

“Dr Hazwan, pihak fisioterapi dan ISN sudah rangka program untuk Faisal. Berat badan dia pun turun tiga hingga empat kilogram (kg) tetapi selepas seminggu (dirawat) dia sudah ada selera makan. Berat badannya kembali naik 1 kilogram namun dia sekarang kena bina semula otot,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram