Anggap persembahan terbaik sepanjang tahun, Lee Zii Jia mahu teruskan momentum di Malaysian Masters


  • Podium
  • Ahad, 19 Mei 2024

Terbuka Thailand merupakan gelaran pertama Zii Jia untuk 2024.

PERSEORANGAN utama lelaki negara, Lee Zii Jia mahu meneruskan persembahan baiknya di Terbuka Thailand ke depan penyokong sendiri sewaktu Malaysian Masters.

Zii Jia meraih kejuaraan pertamanya musim ini selepas menumbangkan Angus Ng Ka Long di perlawanan akhir dengan kemenangan straight set 21-11, 21-10.

Kemenangan tersebut terhasil menerusi persembahan cemerlang selepas Zii Jia melakukannya dalam tempoh 34 minit.

BACA LAGI: Terbuka Thailand: Lee Zii Jia hanya perlu 34 minit untuk bergelar juara

BACA LAGI: Zii Jia mampu cipta rekod di Terbuka Thailand

Melihat kepada kejayaan sulungnya tahun ini, Zii Jia mengaku persembahannya di Thailand adalah yang terbaik dihasilkannya sepanjang 2024.

Dia berharap agar momentum itu dapat dibawa apabila beraksi di depan penyokong sendiri dalam saingan Malaysian Masters bermula 21 hingga 26 Mei.

"Salah satu persembahan terbaik saya untuk tahun ini. Selepas ini, saya akan kembali ke negara saya dan berharap saya dapat kekalkan keyakinan dan mengekalkan momentum.

"Saya berharap kejayaan ini dapat meningkatkan lagi keyakinan kerana masih ada empat kejohanan yang tahapnya lebih sukar berbanding Terbuka Thailand," kata Zii Jia.

Zii Jia berharap yang dia akan sentiasa cergas sebelum menghadapi kejohanan yang paling penting tahun ini iaitu Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Dia berharap dirinya akan terus cergas dan tidak lagi mengalami sebarang kecederaan.

"Saya harap saya akan dapat rehat yang cukup, bebas dari kecederaan, dan beraksi dengan baik," ujar Zii Jia.

Zii Jia berjaya menjadi pemain Malaysia pertama meriah dua kejuaraan di Terbuka Thailand dalam sejarah.

Dia akan meneruskan momentum menuju Sukan Olimpik dengan ingin menjuarai Malaysian Masters. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram