Selangor usah gusar, cita-cita ke Asia tidak akan terpadam


  • Podium
  • Rabu, 22 Mei 2024

Harapan skuad Gergasi Merah beraksi di pentas Asia tidak akan terpadam begitu sahaja. — Facebook/Selangor FC

TINDAKAN Selangor FC yang enggan beraksi dalam saingan Piala Sumbangsih 2024 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 10 Mei lalu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong kelab itu sendiri.

Ini kerana mereka berasakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) boleh mengenakan hukuman terhadap kelab Lembah Klang tersebut berbentuk pemotongan mata atau denda berjumlah ratusan ribu ringgit.

Malah, ada peminat beranggapan badan pengelola liga itu akan membatalkan penyertaan skuad Gergasi Merah dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) II yang bakal dilangsungkan selewat-lewatnya September ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Elak gaya hidup mewah antara petua legenda Harimau Malaya buat bintang muda menyinar

BACA LAGI: [VIDEO] Selamba buat Heberty 'cium rumput', import skuad Jang dialu-alukan ke skuad Harimau Selatan

kuxfcoj220jr3ydsno3c

Windsor memberi kelegaan buat penyokong Selangor FC yang berteka-teki. AFC

Kegusaran itu sudah tentu menghantui penyokong memandangkan kali terakhir Selangor FC berentap di pentas Asia adalah pada 2016 selepas menjuarai Piala Malaysia pada tahun sebelumnya.

Namun, tanda tanya berkenaan akhirnya terjawab selepas Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John menyatakan slot dimiliki naib juara Liga Super 2023 itu tidak akan dibatalkan.

"Buat masa ini, untuk kita, dua wakil negara ke kejohanan kelab AFC ialah JDT dan Selangor. Tetapi harus diingat, apa saja keputusan yang harus dibuat, daripada pengalaman kita di AFC, hanya diguna pakai dalam liga domestik.

"Sama ada pemotongan markah, denda atau apa saja (hukuman) yang dibuat (pengendali liga), itu hanya dibuat untuk liga tempatan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi pada Selasa.

Skuad kendalian Nidzam Jamil berpeluang beraksi dalam ACL2 2024/25 selepas menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua, sekali gus menamatkan penantian lapan tahun untuk layak ke pertandingan kelolaan AFC.

Selangor FC sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak beraksi dalam Piala Sumbangsih berikutan serangan simbahan asid dialami tonggak pasukan, Faisal Halim beberapa hari sebelum itu.

Di samping itu, beberapa staf pasukan dilaporkan diugut pihak tidak dikenali yang menimbulkan kegusaran sehingga menyaksikan mereka menarik diri dan mengalami kekalahan 0-3 secara automatik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram